1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 8 April 2013

MEE BANDUNG MUAR KAMPUNG MELAYU

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Selepas EA pulang dari berkunjung ke Home Fair Persada,Johor Bahru singgah sebentar di Kampung Melayu untuk mencari kedai makan. Kedai makanan yang EA pilih ialah Kedai Mee Bandung Muar untuk mengisi perut yang kosong..
Baharu buka kedai pukul 6pm dah ramai pelanggan datang.
Mee Bandung Muar yang cukup enak..
 Jom kena Mee Bandung Muar yang cukup enak ini dan kuahnya sangat pekat campuran udang kering yang sangat terasa. Harga yang ditawarkan juga mampu milik dan mengikut jenis Mee Bandung. Ada mee bandung muar biasa,spesial dan seafood tetapi EA hanya pilih mee bandung biasa dengan harga RM5 sahaja..zlurrppppp...enaknya..EA juga telah menambahkan sedikit lada jeruk untuk menaikkan rasa pedas,masam dan manis
Teh O Ais Limau yang rare
Air yang dipersembahkan kepada pengguna juga sangat unik dan nampak menarik kerana cawan dan gelasnya dihidangkan dengan pelbagai bentuk. Selain itu, minuman jus disini juga menggunakan buah yang segar tanpa ada bahan campuran.Air yang EA minum ialah teh o ais limau untuk menghilangkan dahaga dikala waktu senja...Harga segelas teh O ais limau ini hanya RM 2.
Sekiranya anda ingin mencuba Mee Bandung Muar hanya datang ke Kampung Melayu, Johor Bahru tanpa perlu ke Muar.Rasa mee ini sama dengan mee bandung yang dijual didaerah Muar..Jadi apa tunggu lagi jom lepak makan di Kedai Mee Bandung Muar Kampung Melayu dan berhampiran dengan Esso. Ingat kedai ini ditutup pada hari Isnin...

** Kepada yang ingin menjemput EA untuk mencuba makanan dikedai,restoren atau warung, sila pm. Dengan segera EA datang dan tolong promosikan.

Tiada ulasan: