1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 18 April 2013

MD NOR SUP GEARBOX TAMAN SRI BAHAGIA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Selepas pulang daripada menemankan sahabat EA di PTP, perut EA terasa lapar ditambah tekanan menunggu beliau yang berurusan mengambil masa yang agak lama. Akhirnya, kami telah memilih untuk pergi ke Kedai Sup Gearbox Md Nor di Taman Sri Bahagia, Johor sebagai destinasi untuk melepaskan rasa lapar.nyum..nyum...

Sahabat EA telah memilih sup gearbox untuk santapan petang ini.
Sup Gearbox yang dihidangkan sangat istimewa kerana rasa kuahnya yang cukup pekat dan
rempah sup yang digunakan memang sedap dihirup kuahnya. WoW.Ia terasa lagi sedap apabila anda menyedut
isi tulang gear box  itu.Anda juga boleh pilih untuk makan sup bersama sepinggan nasi..Harga semangkuk sup gearbox + sepinggan nasi putih hanya Rm 10.
EA pula telah memilih sup daging + mee hoon =mee sup daging..Erm...sedapnya. Tekstur rasa mee sup daging ini memang luar biasa kerana kuahnya dapat memukau selera EA. Bagi yang suka pedas seperti EA, anda boleh minta sambal kicap satu mangkuk kecik. 

Harga bagi semangkuk mee + sup daging ini ialah RM 7. Harganya sangat berpatutan dan  berbaloi-baloi dengan keenakan mee sup ini mempunyai daging yang banyak. Betul ker?? Kalau nak tau cubalah sendiri .
Bukan sahaja aneka sup yang dijual namun makanan ala-carte juga ada.
Walaupun kedai baharu dibuka tetapi pelanggan sudah penuh membajiri Md Nor Sup Gear Box. Jika anda teringin untuk makan sup,datanglah di sini. Rasakan keenakan kuah sup ini yang boleh memukau sehingga boleh datang kesini berkali-kali..



Tiada ulasan: