EA pagi nie(07/03/2012) pergi ke klass dgn tergesa-gesa sbb igt klass pukul 10 pg tp sebenarnya mula pkl 11pg.Rasanya dah lambat dan EA minum air segelas lalu keluar dari rumah...Masa bawa motor,EA nampak asap berkepul warna itam cam orang bakar tayar keta....bila EA nk kuar ke jalan besar tiba-tiba tgk kanan ada...rumah kedai yang terbakar.
masa ni api baru mula naik..o
EA terus parking motor dan tny dgn org kat sekeliling.....Bahang api mmg terasa.EA amek inisiatif terus call 999. Operator tu ckp laporan dah dibuat tunggu jer kehadiran si bomba..Tapi masa ni bro polis dah dtg geng...orang kampung makin lama makin ramai yang datang...bimbang dgn kereta yang diparking kat umah kedai tu.orang kampung dan EA terpaksa alihkan kereta tuu..Yang terbaiknya kitaorang alihkan dengan tolak jer kereta 2 secara beramai-ramai..kalo EA sorg mungkin boleh buasir ...
parking cantik punya....
EA rasa bangga dengan orang kampung EA sbb bersatu dan bekerjasama utk alihkan kereta ni. x kan nk biarkan meletup cam bom atom lak...kereta pun dah alih tapi tapi api belum terpadam-padam lagi....Jam dah pukul 10 pagi tapi kenapa bomba belum datang lagi dan yang datang cuma YB TAN CHER POOK Adun bhg. Johor Jaya.
YB datang dengan bawa IPAD dan terus amek gambar kejadian..biasalah dah tugas YB kan mestilah tunjukkan keprihatinan kepada rakyat..wakakaka tu tak penting tapi yang bagusnya tengok orang kat gambar yang dibulatkan...ada inisiatif nak padamkan api dengan menggunakan air pair umah sendiri.ni barula dikatakan jiran...Jiran Prihatin Melahirkan Masyarakat Yang Harmoni....
pukul 10.15pagi baru BOMBA sampai ketempat kejadian dan terus mengeluarkan peralatan untuk memadam api....
gambar seblum dan semasa bomba datang..
Bomba datang pun agak lambat juga.Mungkin faktor jalan jam kott...tgk rumah kedai nie.bila bomba datang jer dah hampir separuh terbakar...
bro BOMBA terpaksa memotong shutter utk memeriksa barang dan orang didalam rumah kedai ni.rumah kedai ni dah kosong dan semua orang sempat keluar utk selamatkan diri..Lepas api berjaya dipadamkan EA terus start motor dan gerak gi kelas pulak...
Kat sini EA nak tekankan mungkin ada hikamahnya EA tersalah jadual dan pergi kelas awal sbb dapat tolong orang kampung sendiri..EA BUKAN AH LONG TAPI MAHU TOLONG.wakakakakakkaka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan