1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 20 Julai 2015

PERSEKITARAN PADANG POLO ISTANA PASIR PELANGI, JOHOR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM.

Sambil beraya di rumah terbuka Sultan Johor sambil mengambil gambar persekitaran Padang Polo Istana Pasir Pelangi. Sebelum ini, EA hanya berpeluang untuk melihat padang polo dari atas highway EDL.


Saiz padang polo ini sangat besar dalam anggaran luas lebih 4x ganda padang Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dimana ia dibahagikan kepada 2 bahagian. Padang ini menggunakan rumput carpet di bahagian tengah manakala kiri dan kanan ditanam dengan rumput biasa.


Selain itu,padang polo ini boleh memuatkan beratus-ratus kenderaan dalam satu masa. Sekiranya ada majlis besar seperti anjuran rumah terbuka, pengunjung tidak perlu pakir diluar istana. 

Setelah berjalan dalam 500meter, anda akan melihat bangunan ini dimana ia merupakan tempat persinggahan tuanku sultan.
(Berdasarkan info yang EA dapat daripada JMF).


EA tidak pasti apa fungsi bangunan ini. Namun, jika dilihat daripada luar ia seakan Polo Bar House. Didalam lobbi bangunan ini mempunyai kuda emas. 

 
Garaj yang boleh menempatkan jetski, tempat kuda, lori dan juga bot laju tuanku Sultan.

Diatas yang terpacak bendera putih itu adalah singgahsana Istana Pasir Pelangi yang merupakan tempat kediaman Sultan Johor. Tempat ini tidak dibuka untuk orang awam. Jadi peluang untuk melawat Padang Polo Istana Pasir Pelangi ini apabila ada majlis yang dianjurkan oleh pihak Istana.

Tiada ulasan: