1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Sabtu, 4 Julai 2015

NAJIMAH : CARA-CARA NAK BELI SMARTPHONE KEDUA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Berjaya juga hari ini EA mendapatkan Asus Zenfone 5 di PC Expo Persada JB dengan harga yang berpatutan.PC Expo telah menjual Z5 secara lelong pada pukul 7pm hingga 8pm bermula 3 - 5 Julai 2015. Z5 ini hanya dijual dengan harga RM449 dan 5 unit sehari.Siapa cepat dia lah yang dapat.

Hari ini EA telah datang 2 kali ke Persada semata-mata untuk mendapatkan Z5 ini. Kali pertama pagi pergi untuk survey barang dan yang kedua memang nak sambar terus Z5 ni. Sambutan di PC Expo ini kurang menggalakkan pada hari ini. 

EA sampai pukul 6.30pm namun dikaunter lelongan barangan masih x da orang yang beratur. EA dikhabarkan oleh si pelelong, contohnya printer dijual dengan harga yang murah tetapi tiada pembeli.

Pukul 7pm EA terus beratur di kaunter, keluarkan duit dan terus bayar untuk mendapatkan Z5 ni. Pukul 7.10 hidupkan enjin motor dan terus merempit 180km/h tapi x sempat juga berbuka puasa dirumah. Berhentikan motor di tepi highway EDL dan minum seteguk air tin lalu teruskan perjalanan ke rumah.

Kenapa EA amek Z5 ni? Owhh.. Pertama harganya murah dan spec boleh lah dijadikan sebagai phone yang kedua. Orang cakap kalau phone daripada China jangan bazirkan untuk beli lebih daripada hargaRM1000. Kebanyakan phone made in China boleh dapat dengan harga yang murah dan spec yang oseme...



Tiada ulasan: