1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 22 Disember 2014

NAJIMAH: KEYBOARD LAPTOP TIDAK BOLEH BERFUNGSI/ KEYBOARD NOT WORKING

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
EA sudah lama tidak membuka laptop ini dan cuma dibiarkan tersimpan didalam almari. Apa yang berlaku ialah separuh daripada keyboard laptop ini tidak berfungsi. Selepas dibiarkan selama 1minggu, ia merebak sehingga semua huruf tidak boleh berfungsi kecuali hurun BN.

Hasil daripada Mr Google.Kerosakan berlaku disebabkan EA simpan laptop ini didalam almari dimana suhu bilik almari dalam keadaan gelap dan lembap. Ramai juga yang cadangkan supaya beli keyboard USB. EA pun agak terpengaruh untuk beli tetapi harga keyboard yang EA survey  semuanya lebih daripada RM50. Rasa tidak puas hati untuk beli USB keyboard kerana sukar untuk dibawa keluar.

 EA pun terus pergi ke Youtube dan Mr Google untuk mengetahui tutorial memasang keyboard laptop.  Cari punya cari EA survey sekali harga keyboard di Lelong dan juga Dell Malaysia Pusat Service. Harga yang EA dapat untuk beli original keyboard daripada Dell RM140 + kos pemasangan RM144(jika nak pasang sendiri pun boleh dan tak perlu bayar kos pemasangan) manakala harga keyboard di Lelong hanya RM64 + 3 bulan warranty. Budget pun terhad  EA pilih untuk beli di Lelong . 

Sebenarnya cara pemasangan keyboard ini tidak susah jadi anda boleh cuba pasang sendiri. Jika anda tidak tahu boleh rujuk di Mr Google. Setiap model dan jenama Laptop mempunyai cara pemasangannya yang tersendiri. Jadi jangan malas yer kalo ingin NAJIMAH (nak jimat memang boleh)

2 ulasan:

HendraDigital berkata...

Salam kenal dari blogger Indonesia...
Blog walking..

emmeraz berkata...

@Hendra Suhendra
salam kenal juga daripada Msia.