1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Rabu, 24 Disember 2014

KAJIAN KES : TEORI MOTORSIKAL DIGILIS LORI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Kes kemalangan maut yang melibatkan pengguna motorsikal dan lori semakin meningkat saban hari. Namun adakah wajar kita menuding jari hanya kepada pemandu lori itu sahaja disebabkan saiz lori dan sikap pemandu lori itu sendiri? Adakah anda mempunyai persepsi  begitu?

Sebagai penunggang motorsikal tegar (bukan mat rempit)..EA cuma nak berkongsi tips keselamatan kepada penunggang motorsikal agar tidak menjadi mangsa gilis si pemandu lori.


1. Elakkan daripada memotong dibahagian sisi kiri lori.
Sebelah kiri lori menjadi blind spot kepada abang2 lori.Mereka tidak nampak. Mereka hanya fokus kepada sisi  kanan dan hadapan untuk menjaga pergerakan lori. Hal ini penting untuk mengawal  posisi lori  supaya tidak makan lorong jalan lain.
2. Hati- hati semasa memotong lori
Tayar lori yang besar boleh bertindak sebagai magnet untuk menarik penunggang motorsikal. Justeru itu, penunggang motorsikal harus memotong lori dengan berhati-hati dan laju supaya tidak menjadi mangsa sedutan tayar lori.

Sesetengah kes kemalangan yang melibatkan pemandu lori langgar lari itu kurang tepat. Apabila terjadinya kes seperti ini abang-abang lori tidak perasaan setelah melanggar penunggang motorsikal. Kita boleh buat perbandingan seperti manusia memijak semut..Apa akan berlaku yer??/Hehehehe..

Tiada ulasan: