1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Jumaat, 21 Mac 2014

REFLEKSI : HUKUM ORANG ISLAM MEMELIHARA ANJING

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

EA : Ustaz.. jiran EA ada pelihara anjing dekat depan rumah dia. Masalahnya jiran EA tu Muslim. Boleh ker pelihara anjing ustaz bagi orang muslim..

Ustaz : Sebenarnya hukumnya harus jika ia bertujuan untuk bekerja, menjaga rumah, berburu atau  golongan kurang upaya cacat penglihatan memerlukan bantuan anjing yang telah dididik untuk bergerak ke sana sini. 

Ustaz : Walaupun hukumnya harus tetapi jiran EA tidak bolehlah memegang, mencium atau membelai anjing itu depan orang ramai sebab maklumlah orang Malaysia ni sensitif bila muslim pegang anjing daripada pasangan bukan muhrim memegang tangan. Ia sebagai langkah untuk mengelakkan fitnah.

EA : Ustaz..macam lawak jer anjing boleh bekerja?

Ustaz : Adess.. anjing tu bekerja untuk manusia seperti anjing polis, anjing menjaga biri-biri , anjing yang menjaga rumah pun dikira sebagai bekerja. Jangan menganjing sudah lahh...

Sumber : Ustaz Muhammad Abdullah, Nafkah Haiwan, Tanyalah Ustaz TV9.

Tiada ulasan: