ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Sekian lama tidak menghirup dan merasakan keenakan Yong Tau Foo, kali ini EA telah singgah ke Awang You Tau Foo yang terletak di Kampung Melayu,Johor Bahru berhadapan dengan pejabat pos untuk tapau di bawa pulang ke rumah.
Layanan yang diberikan memang terbaik walaupun pekerja ini sibuk mencelur
kangkung.
Walaupun hari biasa tetapi ramai pengunjung yang sedang menikmati makanan di gerai Awang.
Harga Yong Tau Foo berdasarkan berapa banyak dan jenis yang kita pilih..Bagi EA rasa kuah yong tau foo ini memang terasa keenakannya dan ditambah pula dengan sambalnya yang tidak terlalu pedas menjadikan yong tau foo ini betul-betul memukau..Betul ker?? Ya.. sememangnya ia sangat sedap.
Sekiranya anda ke Kampung Melayu tiada gerai yang bernama Awang maknanya ia sudah bertukar tempat di belakang Giant Xtra, Majidee..
1 ulasan:
Mmg terbaikkkk....!!!
Catat Ulasan