ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Selepas pulang daripada ( MAJLIS PERKAHWINAN AZLIZA(KLIK) ), EA bawa adik dan kawan-kawannya singgah sebentar di Tanjung Balau, Johor. Berada di Tanjung memang seronok di waktu petang dimana dapat menghirup udara pantai yang segar, tiupan angin sepoi-sepoi dan paling penting dapat tenangkan fikiran. Orang yang berkunjung disini sangat ramai dan mungkin kebetulan dengan cuti umum.
Selain daripada membuat istana pasir dan bermandi manda,banyak aktiviti yang oleh dilakukan dsini antaranya:
Boleh main layang-layang terbang melayang |
Motor Pantai. Sewa motor pantai ini 15 minit RM35 dan 30minit RM50 |
Beriadah di tepi pantai atau berkhemah |
Berjogging di waktu petang dan ada juga yang bermain bola sepak pantai.. |
Pengunjung beratur untuk mandi di tandas awam
Tempat parking kereta..Ini menunjukkan pengunjung pada hari itu sangat ramai yang beriadah di Tanjung Balau |
Pergi dan pulang harus melalui pokok yang berbentuk gerbang..
Dah penat lepak santai di Tangjung Balau. Start enjin lalu teruskan perjalanan ke JB walaupun ada perancangan untuk ke Desaru. Namun disebabkan kawan adik ingin pulang awal terpaksa di tangguhkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan