Pagi ini EA ingin berkongsi akan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar kelas peralihan SMKTM di akhir tahun. Peperiksaan sudah dijalankan dan pembelajaran dijalankan sekadar ulangkaji. Walaubagaimanapun, mereka tetap bersemangat untuk kesekolah.EA rasa bukan kerana ingin belajar tetapi sebaliknya..... Jomlah kita terjah apa yang mereka lakukan diakhir persekolahan ini.
Wahh..gembira sakan mereka bermain kotak beracun sambil menyanyi lagu english yang ditukar ke bahasa mandarin. Nak berdekak pun ada bila dengar mereka bernyanyi. Tapi Ea cuba tahan daripada ketawa.EA layankan jer budak-budak ini bermain. Sekurang-kurangnya mereka boleh belajar bekerja dalam kumpulan daripada merayau-rayau diluar kelas.
Apa yang budak berdua nie buat?Main tepuk batang ais krim ker? |
Wei...tepuk batang ais krim main masa zaman kita bolehlah.. Sekarang mereka tengah melagakan robot yang dibawa dari rumah.. Ada pengadil lagi yang memerhatikan permainan ini.kikikiki
Ada juga budak yang menawarkan khidmat sally salloon. Habis satu kelas budak perempuan didandan bagaikan retis..ahhha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan