1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Jumaat, 15 Februari 2013

ETAGANEN-LAGU RASMI 2013 IKLAN COCA COLA DI MESIR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM



Lagu Etaganen nyanyian kumpulan Cairokee feat Aida El Ayoubi & Zap Tharwat telah dipilih menjadi lagu rasmi untuk iklan Coca Cola bagi tahun 2013. Etaganen ini bermaksud kerja gila(doing crazy). EA memang suka dengan lagu ini. Bagi EA lagu ini tetap menjadi inspirasi walaupun ia dimainkan berulang kali. Kumpulan Cairokee memang terkenal dengan lagunya yang bergenre Rock dan Zap Tharwat ini rapper popular disana. Kalau disini samalah seperti Maliq,Joe Flizzow,Ultimate dan lain-lain lagi. Aida El Ayoub ini merupakan artis 90an yang mendendangkan lagu seperti Ramlah Ram dan yang bezanya beliau boleh bermain gitar.
Kombinasi suara mereka memang mantop bagaikan 3 SUARA. 

Tak percaya dan JOM KITA DENGAR BERSAMA:


Selain itu,ketiga-tiga artis ini mempunyai latar belakang yang sama dimana mereka turut berjuang dalam menegakkan kebenaran dan memperjuangkan hak keadilan sosial yang telah dicabuli oleh Perdana Menteri ketika Hosni Mubarak. Mereka juga sanggup turun ke Dataran Tahrir bersama rakyat mesir sebagai tanda protes dan menuntut kerajaan Hosni Mubarak digulingkan.. Gelaran Artis bukan penghalang untuk mereka turun berhimpun bersama rakyat Mesir yang lain..
Jadi, siapapun kita jangan biarkan penganaiaan berlaku dan bangkitlah berjuang untuk menegakkan keadilan..

Tiada ulasan: