1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 29 Oktober 2012

HAJI COWBOY

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Daripada jutaan orang yang melaksanakan ibadah haji terdapat segelintir jemaah yang digelar sebagai haji cowboy.Apa itu HAJI COWBOY??? Erm...kalau mandi cowboy pernahlah EA dengar iaitu orang yang mandi asalkan basah badan jer. 

Kali ni  EA dengar tentang Haji Cowboy dimana ia telah didedahkan dalam berita LIPUTAN SIANG SCTV Indonesia. Haji Cowboy ialah orang yang pergi menunaikan ibadah haji tanpa berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi. Mereka masuk  tanpa izin dan akibatnya ramai jemaah haji cowboy yang menjadikan jalan raya  dan berkhemah diatas bukit sebagai tempat penginapan. Itu semua bukan penghalang walaupun terpaksa berehat dijalan-jalan yang dipenuhi sampah sarap dan tidur dengan kemudahan yang tidak lengkap.Demi melaksanakan rukun islam yang kelima mereka tidak peduli dengan dugaan tersebut.

Walaupun mereka menghadapi batasan daripada aspek kewangan namun mereka tetap bersemangat dan berjuang untuk mendapatkan haji mabrur.EA doakan kepada semua jemaah haji supaya dimakbulkan haji yang mabrur dan diberkati oleh Allah... Suatu masa EA juga mahu kesana....

Tiada ulasan: