1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 8 Oktober 2012

DARI MEJA GURU

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Menjadi cikgu bukannya satu tugasan yang mudah. Ia tidak seperti apa yang EA dan segelintir blogger fikirkan dengan tugasan menjadi sebagai Cikgu. Waktu kerjanya hanya separuh hari tetapi bebanan yang dipikul sangat berat. Ia juga memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak bangsa yang mempunyai pelbagai kerenah atau tingkah laku.. Sekiranya kurang sabar itu yang kita dengar kes-kes yang melibatkan Cikgu dan murid-murid..EA baharu sahaja memulakan tugas sebagai guru ganti disebuah sekolah rendah di JB. Mengajar disekolah itu membuat EA terkenang-kenang akan pengalaman menjadi murid sekolah..Sedikit rasa kejutan budaya kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam murid-murid. Walaupun,terdapat pelbagai ragam murid-murid disekolah itu namun EA jadikan ia sebagai cabaran untuk membantu dan berkongsi segala pengetahuan kepada mereka.


Terdapat perbezaan cara untuk mengajar kanak-kanak dan orang dewasa. Apa yang bezanya???

Untuk mengajar murid-murid sekolah, EA telah diajar untuk menjadi lebih tegas dan garang semasa mula-mula masuk ke kelas. Hal ini penting untuk memastikan murid-murid dapat menunjukkan rasa hormat dan bekerjasama kepada kita.Manakala untuk mengajar orang dewasa EA haruslah sentiasa tersenyum dan menjadikan mereka sebagai seorang rakan.Orang dewasa tidak suka sesuatu pembelajaran itu dijalankan secara dipaksa. Pendekatan untuk mengajar murid-murid berdasarkan pedagogy dan orang dewasa pula menggunakan andragogy. Oleh itu, perbezaan ini dapat EA aplikasikan selepas mengajar kanak-kanak dan menjadi jurulatih semasa menjalani praktikum.

5 ulasan:

Unknown berkata...

Menjadi seorang guru memerlukan komitmen yang tinggi ^_^
Semoga EA menjadi seorang guru yang cemerlang dalam mendidik murid2 EA...

Suburbanzero berkata...

terima kasih cikgu! :)

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

nak jadi cikgu yang paling penting adalah SABAR!

Seri Bahasa berkata...

itulah dugaan yang harus ditempuhi oleh seorang yang bergelar guru...selamat berjaya...selamat mendidik anak2 bangsa malaysia...

emmeraz berkata...

terima kasih yang telah meberi sokongan kepada EA...Peluang yang ada akan EA gunakan untuk mencurahkan segala ilmu kepada mereka..