1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Ahad, 15 Julai 2012

THE SILENT HOUSE..MEMANG SILENT

Selamat Hujung Minggu




Ada sesiapa yang sudah menonton Silent House untuk mengisi masa hujung minggu ini??? EA baru sahaja menonton Silent House ni bersama kawan-kawan pada hari sabtu yang lalu. Kali ini EA pergi menonton cerita ini di CS dan kawan-kawan EA yang ikut juga sebahagiannya pelajar Indonesia daripada Semarang dan Solo.Selain itu, dua orang daripada kami telah menonton ICE AGE 4 tetapi EA pilih SILENT HOUSE sebab ingin rasakan merinding bulu roma berada di panggung.AHHA....



Sinopsis
Cerita ini mengisahkan seorang remaja perempuan yang bernama Sarah (Elizabeth Olsen),  bapa (John iaitu Adam Trese) dan  pakciknya ( Peter iaitu Sheffer Stevens) pergi untuk mebersihkan rumah lama yang berdekatan dengan tasik.

Kejadian aneh bermula selepas rakan zaman kanak-kanak Sarah iaitu Sophia (Julia Taylor Ross) melawati dan bertanya khabar kepada Sarah. Namun begitu, Sarah tidak dapat mengingati pengalaman silam bersama rakannya itu kerana beliau menghadapi penyakit otak berlubang sebelum ini.Bunyi pelik dan bayang-bayang telah menghantui Sarah. Kemudian bapanya cuba menenangkannya dan menyiasat bunyi tersebut. Sarah terdengar jeritan suara bapanya dan beliau mendapati ayahnya sudah pengsan dengan keadaan berdarah. Sarah mula cemas dan cuba keluar daripada rumah itu. Keadaan rumah itu sangat gelap walaupun disiang hari. Hal ini kerana semua tingkap sudah ditutupi dengan papan. Sarah terpaksa melalui pelbagai rintangan dan detik-detik yang menyeramkan untuk keluar daripada rumah itu.

sumber youtube:thriller The Silent House
Selepas berjaya keluar daripada rumah itu, Sarah terjumpa pakciknya dijalan dan menceritakan akan kehilangan ayahnya. Kemudian Sarah dan pakciknya kembali ke rumah itu untuk mencari ayahnya. Sebenarnya, kehilangan ayah Sarah dan semua kejadian misteri itu telah dirancang oleh ayah dan pakciknya kerana mereka mempunyai niat jahat terhadap Sarah. Sarah dapat mengingati semula zaman silamnya selepas  jelmaan wanita memberi petunjuk dengan memberi gambar. Justeru itu, Sarah mula sedar iaitu ayahnya seorang yang kejam dan sering menderanya sewaktu zaman kanak-kanak.

NICE SILENT HOUSE:
  • Dapat menontonton bersama pelajar daripada Indonesia
TAK NICE SILENT HOUSE
  • Ceritanya Slow motion dan memang silent seperti tajuk ceritanya
  • Keadaan rumah yang gelap gelita walaupun pada siang hari rasaya macam tak logik.
  • Kemunculan jelmaan seorang kanak-kanak perempuan dan bapanya yang menghairankan sedangkan semua ini telah dirancang.



Bagi EA cerita nie taklah seram sangat dan kurang adegan suspend.Oleh itu, EA cuma bagi cerita nie 2 bintang jer...Ok la tuu... Bagi EA cerita hantu Melayu lagi havoc berbanding cerita nie sebab cerita ni hanya menimbulkan persoalan sahaja dan rasanya ending cerita nie pun tak jelas.Anda tonton dan rasakan sendiri selepas itu baru nilai yer....



Sebelum pulang ke Skudai, kami sempat berjalan ke bazar JB untuk membawa rakan dari Indonesia mengenali suasana Bandaraya JB pada waktu malam hari dan kemudian singgah sebentar mengeteh di Kafe MD NOOR,Taman U. Lepak sekejap untuk post mortem dan hilangkan rasa dahaga selepas penat bejalan.AHHA...


1 ulasan:

Wilma berkata...

Tak berani tengok cerita yang menakutkan...Tapi, bila baca sinopsis cerita yang EA bagi, macam best jak...