SELAMAT PAGI.....
Mungkin EA agak terlambat utk post tentang suasana yang berlaku di JOM HEBOH ANGSANA 2012.Sowwy la geng... ada masalah teknikal sikit yang berlaku..
Sebenarnya EA pergi ke JOM HEBOH pun tak dirancang.Secara kebetulan jer selepas pulang daripada majlis perkahwinan di Sedeli. Dalam perjalanan pulang daripada Sedeli ke Skudai, sorang rakan EA ni bagi tahu dimana ada booth yang menawarkan barang dengan harga luar biasa...memang murah....Itu yang EA rasa tertarik untuk singgah...
Nie lah gambar-gambar yang sempat EA amek masa berkunjung di JOM HEBOH ANGSANA....
...AHHHA..
|
Booth-booth yang memeriahkan JOM HEBOH d ANGSANA |
|
lelong-lelong |
|
CINTA BUAT EMELDA |
|
memang manTOP..boleh beli banyak2 |
|
SURI |
|
AMEERA |
NICE LAH JOM HEBOH NIE.....
- Dapat jumpa kawan sepraktikal
Tanpa dirancang akhirnya tercapai juga untuk berjumpa dengan rakan sepraktikal yang mana lama tidak berjumpa .hohoho... Anda pula bagaimana?? Ada tak terjumpa sahabat handai yang lama tak jumpa disini.. Selain itu, kawan EA juga banyak bagi free gift lepas beli produk yang dijual..Nie baru lah seronok dua ronok dan tiga ronok...
TAK NICE JOM HEBOH NIE
- Tapaknya tidak rata dan bermasalah
Kawasan nie kalau jalan tak tengok bawah kaki boleh masuk ke lobang dan terpelecot...
Ada juga kawasan perumahan yang cuba mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran parkir...Memang Lipat!!! Jalan memang jam dan dipenuhi dengan orang ramai serta semestinya parkir di tempat biasa pun penuh. Pada mulanya,EA memilih kawasan perumahan untuk parkir dan kemudian EA cancel untuk parkir disitu kerana ada bayaran dikenakan. EA keluar daripada tempat perumahan tersebut dan nasib memang menyebelahi EA dan rakan-rakan sebab dapat tempat parkir yang lebih dekat dan free.. Ho..Ho..Hoii........
1 ulasan:
Suri pun ada? lipatttt
Catat Ulasan