1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Ahad, 19 Julai 2020

KEA: HARI PERTAMA MENYEMAI BENIH KANGKUNG DAN KAILAN

Assalammualaikum dan Selamat Malam

Group KEBUN BANDAR telah berjaya meracun EA untuk berjinak-jinak dengan dunia tanaman. Percubaan pertama EA dengan menanam sayur kailan dan kangkung secara hidroponik.

HARI PERTAMA: Semaian benih kai lan dan kangkung.

Bahan- bahan nak menyemai anak benih


EA potong sponge dengan menjadikan 8 bahagian
Setiap 1 bahagian EA letak 2 biji benih kailan.
Kemudian, tempatkan dalam bekas yang berisi air. EA kena tunggu 3 hari untuk melihat proses percambahan anak benih.

EA juga semai kangkung secara hidroponik pada hari yang sama. Rasanya benih yang ditaburkan kurang. Tak pe,kita lihat sama ada tumbuh atau tidak kangkung EA.

Tiada ulasan: