1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Jumaat, 7 November 2014

NAJIMAH : BURGER BAKAR ABG BURN RM1

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Kawan - kawan... Burger Bakar Abg Burn di BPoint Jb ada buat promosi sebiji hanya RM1.Murahkan.Harga biasa burger cheese nie RM7.90.Promosi ini hanya berlangsung selama 2 jam bermula pukul 10 malam hingga 12 pagi pada 06/11/2014.
Setiap orang hanya boleh membeli sebiji burger sahaja tapi kalau nak beli lebih kenalah beratur semula. Disebabkan cuaca malam nie hujan lebat memberikan peluang kepada penggemar tegar burger bakar seperti EA beli banyak dan tidak perlu beratur panjang. 

Inilah rezeki. Nak tau EA beli berapa? EA cuma beli 6 biji jer. Kah kah kah.

Selain itu, layanan yang diberikan oleh juruwang hingga pembuat burger sangat terbaik.
Akak nie sangat peramah. Tak lokek senyuman.Terbaiklah. Nie yang nak datang banyak kali.

Brother nie pun sangat sempoi dan cool. Beri layanan yang baik. Dialah yang beritahu EA boleh bila banyak tapi kena beratur semula. Terima Kasih Der..

Anda yang terlepas peluang untuk mendapatkan burger Abg Burn dengan harga RM1 boleh serang cawangan  baru yang akan dibuka di Pasir Gudang pada minggu hadapan. Promosi sama akan diadakan.NAJIMAH(Nak Jimat Memang Mudah). Worth It beb..

Sebelum balik EA basahkan tekak dengan secawan jus tembikai. Harga pun RM1 sempena promosi malam nie.. 

Tiada ulasan: