1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Ahad, 15 Jun 2014

BEG "PURSE" TREND BEG LELAKI 2014

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Berdasarkan pemerhatian EA apabila ke pusat membeli belah,tv dan persekitaran urban menunjukkan lelaki pada tahun 2014 lebih suka membawa beg ala-ala purse atau beg kepit. Sebenarnya,beg ini pernah menjadi trend pada zaman 80an dan ia sekali lagi menjadi trend bagi tahun 2014 untuk lelaki yang pentingkan penampilan. Beg ini sesuai untuk pakaian offices atau casual.
Adakah penampilan ikon fesyen lelaki Malaysia iaitu Wak Doyok dengan membawa beg ini menjadikan trend dinegara kita?

 Penampilan bintang sukan seperti Christian Ronaldo dan Steve Nash juga keluar bersiar-siar dengan
membawa beg ala-ala purse ini. Ada juga yang menggelarkan nama beg ini merse singkatan bagi (men+purse)

Jika anda perasan, Amar Baharin juga menonjolkan beg ini semasa ABPBH2013 dan menggunakan beg ini dalam drama Kerana Terpaksa Aku Lepaskan.

Beg ini kelihatan simple dan ia lebih mudah untuk dibawa kemana-mana.  Keyakinan diri sangat penting semasa membawa beg ini bagi meningkatkan aura maskulin disamping menarik pandangan orang lain. Bukan semua yang berani berfesyen dan mengikuti perubahan. Kalau nak bergaya raya ini cubalah tampilkan perbezaan dengan membawa beg "purse" ini.

Tiada ulasan: