Juadah yang menjadi pilihan EA semasa berada di Kota Singapura ialah Nasi Beriyani Jalan Killiney. Memang betul kata rakan EA semua menu makanan yang dihidangkan dengan kuatiti yang banyak dan besar. Satu set nasi beryani berharga $5 + teh tarik $1.20. Selamat menjamu selera.
EA telah makan di Indian Muslim Food. Bagi EA sangat sukar untuk mencari makanan melayu di sekitar Orchard. Harga makanan disini sama dengan harga yang di jual di JB. Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap malam minggu kedai makan di JB dipenuhi oleh warga Singapura.
Jika anda nak cuba nasi beryani tersebut..sila set GPS anda ke Killiney Road.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan