Selesai upacara (klik) KONVOKESYEN di UPSI, EA dan keluarga meneruskan perjalanan ke Medan Selera Tanjung Malim untuk minum petang. EA telah memilih Kedai Aman Gado-Gado kerana ingin mencuba gado-gado yang dikatakan berlainan dengan gado-gado daripada Indonesia.
Gado-gado ini ialah campuran daripada tempe,tahu, telur rebus, timun, taugey dan juga cucur udang serta ayam dicampurkan dalam satu pinggan kemudian disiram dengan kuah kacang. Kuah kacangnnya sangat sedap dan sedikit kelainan terasa. Harga semangkuk gado-gado ini hanya RM4..
** Satu lagi destinasi tempat makan yang EA singgah sebelum sampai ke JB..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan