1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Selasa, 21 Mei 2013

NASI AMBANG RESTORAN RESEPI WARISAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG


Rakan EA sedang mengidam untuk makan nasi ambang.Jadi masa yang sesuai untuk kami menemaninya mencari kedai yang menjual nasi ambang pada waktu rehat tengahari ialah di Restoran Resepi Warisan terletak di Taman Molek. Kedai ini hanya menjual masakan melayu asli.

Inilah Restoran Resepi Warisan. Senang jer nak cari restoran ini di Taman Molek kerana ia terletak berhampiran dengan kedai mamak Syed. Dekorasi kedainya yang mempunyai catatan sejarah Johor dapat memberikan kita pengetahuan sambil menunggu makanan samapai.Restoran ini cukup santai dan boleh dijadikan tempat untuk melakukan sesuatu urusan.


Nasi ambang merupakan makanan tradisi kaum jawa dimana pelbagai lauk dicampurkan dalam satu pinggan. Nasi ambang yang disediakan di restoran ini telah dikonteporarikan untuk memenuhi selera masyarakan bandar. Nasi ambang ini mempunyai ikan bilis, kacang, sambal, begedil kentang, serunding,ikan masin bulu ayam dan ayam goreng disiram dengan rendang. Wow..jika makan seorang boleh kembong perut sebab lauknya banyak. Harga yang ditawarkan untuk sepinggan nasi ambang ini hanyalah RM8.00. 

Walaubagaimanapun, EA hanya bagi 3/5 bintang untuk nasi ambang ini.Keaslian nasi ini kurang disebabkan  tiada sambal goreng dan kombinasi ayam disiram dengan rendang memang tidak menjadi dilidah EA.Jadi, kepada anda yang teringin nak makan nasi ambang singgahlah di Restoran Resepi Warisan.

Tiada ulasan: