1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 31 Januari 2013

KEJADIAN MISTERI KETIKA MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK PENGANTIN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Sebulan yang lepas, EA ada menghadiri majlis perkahwinan dan sekaligus meringankan tulang dengan membantu tukang masak menyediakan makanan didapur. Disebalik kegembiraan menyambut kedatangan tetamu meraikan hari berbahagia si pengantin itu walaubagaimanapun terdapat kisah misteri berlaku dikawasan tempat masak. Anda semua ingin mengetahui kejadian apa yang berlaku???


1. Nasi yang dimasak tidak tanak.
              EA rasa pelik salah satu periuk nasi beriani yang dimasak masih mentah walaupun telah ditenggekkan lebih kurang empat jam bermula seawal pagi. Hanya nasi ini sahaja yang dimasak dengan menggunakan tungku kayu. Akhirnya, nasi beriani ini masak juga setelah dipindahkan daripada tungku kayu ke dapur gas..Orang cakap kalau kes nasi seperti begini hanya jalan penyelesaiannya cuba tukar daripada satu dapur ke dapur yang lain.


2. Daging kurma menjadi sup..
              Daging kurma ini telah dimasak pada waktu malam.Daging ini telah bertukar daripada masakan kurma kering dan pada sebelah paginya ia telah menjadi seperti sup.Rasa daging ini seperti direbus. Air yang ada didalam periuk itu terpaksa ditimba dengan beldi sebanyak 5 kali..Lebih kurang separuh periuk.Untuk mengekalkan tekstur rasa daging kurma ini terpaksa ditambah lagi dengan rempah ratus.


3.Bau ayam merah yang menyelerakan menjadi berbau busuk
             Bukan itu sahaja, ayam merah yang telah siap dan ditinggalkan lebih kurang enam jam sebelum majlis bermula juga menjadi misteri. Ayam masak merah ini berbau dan seperti tidak masak apabila dihidangkan kepada tetamu.Ayam itu telah dihantar ke dapur semula.Namun,tiada bau apabila dicium dan ayam itu masih elok.Pelik oh peliknya.......Didepan berbau dan dibelakang rasanya OK!

Berdasarkan orang kampung yang membantu didapur, berkemungkinan kejadian misteri itu berpunca daripada perbuatan khianat. Mereka telah menggunakan  cara halus ataupun berdamping dengan jin untuk merosakkan majlis tersebut. Perkara sebegini juga pernah berlaku kepada seorang penduduk kampung. Apabila daging sebanyak 200kg yang ingin dimasak untuk majlis perkahwinan menjadi busuk seperti bangkai dan terpaksa ditanam. Satu perkara lagi, ada kelibat yang bercahaya merentasi rumah pengantin pada waktu malam seperti dihantar dan tidak disangka kejadian pelik berlaku pada hari kejadian. 

EA taknak menuduh tetapi kalau sekiranya perkara pelik ini berlaku atas dasar khianat oleh seorang insan yang bertopeng syaitan segeralah bertaubat dan meminta maaf..Sekuat mana pendamping yang kau HADOO tidak boleh mengalahkan ALLAH yang maha berkuasa.
ALLAHU AKBAR.....

5 ulasan:

sha (chirp chirp) berkata...

macam buatan khianat org je. moga dijauhkan

emmeraz berkata...

yup...Ea kesian pada tuan rumah daah sediakan hidangan yang terbaik tetapi boleh pulak jadi seperti itu...

Cik Laure Weng berkata...

itu normal..
mcm2,,,
ade kes baju pENGANTIN NK PAKAI SANDING HILANG....

emmeraz berkata...

pergh..abis pengantin 2 x bersanding k?

Lynn si pipi merah berkata...

nauzubillah..