1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 19 November 2012

JURIAH PUTU BAMBU MEMANG SEDAP

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM 


Sekiranya anda pergi ke Ayer Hitam,Johor jangan lupa singgah di kedai JURIAH KEDAI PUTU BAMBU untuk merasakan keenakkan putu bambu bagi yang menggemarinya. Lokasi kedainya memang tidak jauh daripada plaza tol Ayer Hitam dan mudah untuk mendapatkannya.Selain itu, ramai juga yang menjual putu bambu dikawasan itu. Semasa EA sampai hanya kedai kak Juriah ni yang sudah buka.

Semasa EA sampai,pekerja kedai ini sedang menyiapkan putu bambu yang telah ditempah oleh pelanggannya..Tengok bungkusan putu bambu itu...banyakkan yang ditempah..tetapi jangan risau anda tidak perlu menunggu lama untuk membeli putu bambu ini kerana customer service memang terbaikk!!!!


Rasa putu bambu ni memang sangat berlemak dan secukup rasa sedapnya. Rasanya berbeza dengan yang dijual dikedai-kedai lain. Daun pisang menjadi pengalas bagi mengekalkan keaslian rasanya.Harganya juga berpatutan iaitu 6 biji RM 2.50 jer..Tekak pun dah tak tahan nak merasa putu bambu ini dan apa lagi jom makan..

6 ulasan:

safarina berkata...

tak pernah pegi johor jadi tk merasa la putu jambu T__T

emmeraz berkata...

safarina>lawati johor utk merasakan kepelbagaian makanan johor yg enak oh enak.

kitatauke berkata...

kat tempat aku ade jugak laki bini jual putu bambu ni..masyukkk rasenye...sbb bini dia pakai gelang emas besoo sangat..aku g beli putu sbb nak tgk gelang emas bini dia...hahaha...

Yaya Mohd berkata...

putu bmbu mmg sedap..suke giler..tp xleh mkn bnyk...manis banget..hehe

emmeraz berkata...

wakaka..next time belila gelang dia sekali.

emmeraz berkata...

yang nie x manis sgt cuma rasa lemak2 sedap