1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 27 September 2012

GAJI PEMINTA SEDEKAH RM12 000 SEBULAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI....


Terkejut bila membaca dan mendengar  Peminta Sedekah Bergaji RM12 00 sebulan!!! Inilah realitinya apabila didedahkan oleh Majalah 3 dalam segmen DISEBALIK TANGAN YANG MENADAH dimana peminta sedekah boleh menjana pendapatan sehingga RM 12 000 sebulan hasil kemulian hati dan sikap pemurah rakyat Malaysia. Kalau anda semua terkejut EA lagi terkejut...


Mereka juga tidak perlu kerja berpenat lelah dan hanya menadah tangan untuk mendapatkan duit.Pendapatan yang boleh dijana sehari diantara RM 300 hingga RM 500 dengan hanya beberapa jam sahaja.. EA yang kerja 8 jam nie pun tak dapat gaji sebanyak itu... Yang sedihnya ada juga orang bukan islam mengambil kesempatan dan menyamar dengan pakaian seperti orang islam untuk meraih simpati...Watak-watak yang selalu dilakonkan oleh peminta sedekah ini seperti membawa kanak-kanak, orang kurang upaya dan wakil daripada pembinaan madrasah.Selepas ini, adakah anda akan mudah untuk menghulurkan sedekah kepada pengemis-pengemis jalanan??? Semuanya terserah kepada anda...PASTIKAN anda tidak tertipu dengan lakonan si pengemis. Salurkan sumbangan anda kepada orang yang betul-betul memerlukannya.. JANGAN JADI TIPAH..



sumber:youtube//tipah-tipah tertipu bang.

Rabu, 26 September 2012

PROGRAM LATIHAN BERSAMA WARGA KEJORA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI




HARI RABU TANPA BICARA
EA dan rakan-rakan telah menjadi pengurus dan penceramah untuk program latihan bersama warga KEJORA yang bertempat di 
Tanjong Puteri Golf Resort 
selama 2 hari 1 malam.

Isnin, 24 September 2012

BURGER BAKAR ADA DI JB

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI....


Pada waktu tengah malam begini...tiba-tiba teringat dengan kedai burger bakar abg BURN dan rasa teringin nak makan burger bakar lagi.. Kalau EA duduk di KL mudah untuk ke Wangsa Maju tetapi sekarang EA ada di JB...Misi untuk mencari burger bakar di JB pada malam ini dan akhirnya jumpa juga MONSTER BURGER BAKAR. Lokasi kedai ini di PASAR BORONG PANDAN.


Harga Burger bakarnya juga berpatutan iaitu serendah RM 6.50 dan mempunyai 2 jenis patty iaitu daging dan ayam...
Ea telah beli burger bakar daging kerana ingin merasakan keenakan dan juicy patty dagingnya yang dibuat secara homemade atau buat sendiri.

Sosnya meleleh dan daging pattynya juga dilapisi dengan keju...Wah ini mesti sedap...Perutpun dah lapar dan apa tunggu lagi selamat menjamu selera.. Nyum3x...Makan dengan buka mulut yang besar sebab burger bakar ini tebal...

Sabtu, 22 September 2012

BANNED FILM INNOCENT OF MUSLIM

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


TOLONG HORMATI JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD S.A.W  DAN HENTIKAN PENAYANGAN FILEM YANG MENGHINA AGAMA ISLAM.
EA BANTAH DAN JIJIK DENGAN FILEM 
INNOCENT OF MUSLIM

Khamis, 20 September 2012

" TREND SELUAR WARNA LIGHT (TERANG) MENJADI PILIHAN"

Assalammualaikum dan Selamat Petang


Terkini seluar yang berwarna terang  telah menjadi pilihan bagi golongan lelaki.. Adakah warna-warna lembut seperti hitam, cokelat atau kelabu sudah menjadi bosan atau biasa dilihat telah menyebabkan seluar yang berwarna terang menjadi pilihan apabila keluar untuk bersantai...Mungkin juga seluar warna terang ini dipilih kerana pengaruh cerita Korean atau  mengikut trend daripada kota Feshen seperti Milan, London dan lain-lain...EA tak nak buat andaian tetapi inilah hasil pemerhatian EA terhadap seluar berwarna terang ini.

Jom kita lihat seluar berwarna terang yang sering dipakai di AEON TC .

1. Seluar Warna Merah 

Merah cili besar atau merah lipstik bibir cik salmah. Warna merah juga merupkan warna yang paling banyak dipakai.

2. Seluar Warna Biru 

3.Seluar Warna Kuning

4. Seluar Warna Hijau 


4. Seluar Warna Unggu

Justeru itu,pemakaian seluar berwarna terang ini akan dapat menarik perhatian orang disekeliling dan semua mata akan tertumpu  kepada si pemakai... Oleh itu, anda kena yakin dan berani apabila memakai seluar warna terang ini untuk kelihatan lebih kacak dan maskulin.. Ingat..pastikan seluar yang anda pakai sesuai dengan penampilan dan jangan sampai menjadi mangsa fesyen....wakaka


PSY- GANGNAM PUN PAKAI SELUAR PURPLE




Isnin, 17 September 2012

CARA PENJAGAAN KASUT KULIT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI



Kasut kulit yang dibeli oleh anda cepat rosak walaupun baru dibeli belum sampai sebulan. EA pun penah menghadapi masalah yang sama..Ini tips penjagaan kasut yang EA dapat semasa berborak dengan penjual kasut kulit di TC.

Tips untuk mengelakkan kasut anda daripada cepat rosak.

1. Elakkan daripada terkena air.
Kasut yang selalu terdedah kepada air akan menjadikan kasut itu mudah pecah. Kebanyakan kasut yang dijual dipasaran tapaknya hanya dilekat dengan gam. Sukar untuk mencari tapak  kasut yang dijahit. Jadi,
air+ gam = rosak 


2. Buka kasut semasa memandu
Elakkan daripada menggunakan kasut kulit ketika memandu. Kasut kulit yang dipakai semasa memandu boleh menyebabkan tapaknya terbelah  atau berkedut ditengah terutama kepada pengguna kereta manual. Hal ini disebabkan pergerakan kaki anda untuk menekan pedal dan clutch. Oleh itu,carilah kasut dimana tapak dan tumit kasut itu diperbuat daripada getah supaya ia tahan lama dan selesa dipakai untuk memandu.

Selepas ini, anda boleh berjimat untuk tidak membeli kasut untuk setiap bulan dengan memastikan kasut anda dijaga dengan baik..

Ahad, 16 September 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA

ASSALAMMUALAIKUM DAN  SELAMAT MALAM


EA nak ucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke-49 kepada rakyat MALAYSIA diatas pembentukan menjadi sebuah negara yang berdaulat dan harmoni walaupun hidup dengan berbilang bangsa dan agama.

Rabu, 12 September 2012

SANTAI DI LEGOLAND BAHAGIAN 3

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI

Anda boleh melawati tempat-tempat menarik di Asia dengan terbang di Legoland. Semua tempat-tempat menarik itu telah ditempatkan di satu kawasan iaitu MINILAND...Jom EA bawa anda semua terjah kawasan MINILAND ini..

MALAYSIA


DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU
PORT TANJUNG PELEPAS
OH KUALA LUMPUR..HO HO..
PUTRAJAYA
KLIA

ASIA TRULY ASIA


























Semua bangunan yang ada di MINILAND ini telah dibina menggunakan LEGO..UNIK memang UNIK. EA juga kagum dengan bangunan yang dibuat  daripada LEGO yang sama dengan tempat asal. Kawasanya juga luas bukan seperti prototaip yang kita nampak untuk sesuatu lokasi..

Seterusnya, EA akan membawa ketempat yang cuacanya agak panas. Jadi.sediakan kipas yer...hehehe.. Inilah tempatnya iaitu LAND OF ADVENTURE. Tempatnya seperti berada di Mesir...


LAND OF ADVENTURE

BATTLE BOUNCE..tengok keluarga nie melantun-lantun diudara.
tembak guna laser di LOST KINGDOM ADVENTURE..
Yang ini pula DINO ISLAND..tempat ini tak boleh main lagi dan hanya snap gambar jer..  Ia akan beroperasi bermula 15/09 nie
inilah TEAM EA semasa meneroka LEGOLAND..

KEPADA YANG TERLEPAS ANDA BOLEH KLIK DISINI:

SANTAI DI LEGOLAND BAHAGIAN 2

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI.    



Apa yang menariknya di dalam ISTANA THE DRAGON nie..Jom kita terokai....


dalam istana nie merupakan ruangan menunggu untuk menaiki THE DRAGON
tengok nie patung dan gambar semua diperbuat daripada LEGO
EA sedang menaiki THE DRAGON. Terbaik naik naga nie masa berada didalam.Tapi bila naga dah nampak matahari dekat luar tahap kelajuan semakin tinggi dan EA mula menjerit sampai nak keluar anak tekak.....
Diluar THE DRAGON ada pentas.Jadi GANGNAM jap..wakaka
nie lah MERLIN CHALLENGE..pusing macam marry ground.. 
twitt2x...terbang di IMAGINATION
ni DUPLO PLAYTOWN
Uji IQ anda di BUILD AND TEST
ini KID POWET TOWER...
Inilah STUDIO 4D..masa nie EA tengah layan RACER 4D..nice EFFECTS dan  live didepan mata.


Selepas ini, EA nak tunjukkan pula tempat LEGOCITY..semuanya belok kanan...

EA telah menaiki keretapi LEGOLAND EXPRESS untuk melawat LEGOCITY

ini  litar DRIVING SCHOOL

BOATING SCHOOL terbaik untuk anda yang ingin membawa boat tapi ingat bukan untuk berenang...
keseronakan untuk kanak-kanak menaiki kapal di THE SHIPYARD
Seterusnya. Ini merupakan LEGO CITY AIRPOT...Pra untuk menjadi pilot..wakaka...Kapal Terbang dah ada ni dan jom ikut EA  terbang mengelilingi satu asia di LEGOLAND .Tunggu di bahagian yang seterusnya..

TERUSKAN MEMBACA: