1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Sabtu, 17 Mac 2012

TAKTIK-TAKTIK MengeTEH

Hai semua...








EA hari ni nak cite pasal mengeteh pulok..Ape tu mengeteh? ok kalo anda nak tau mengeteh nie adalah masa-masa untuk kita pergi minum bersama member2 and chit chat di kedai,warung dan sekarang nie paling populour mesti la di mamak stall...paling best kalo ada bola mesti ramainya yang pergi mengeteh...EA pun selalu pergi mengeteh dengan kawan..Biasala banyak topik yang nk dibincangkan....wakaka...


youtube


Bagi EA mengeteh ni OK la dapat hilangkan tekanan sekejap...tapi yang lebih tertekan bila masa nak bayar..ada sajer member2 yang gunakan taktik utk mengelak daripada membayar lebih atau tak nak bayar....kenapa jadi macam nie???/ biasa la masa nk bayar EA dan member2 akan kumpulkan kan duit dulu n lepas2 bayar....ada chance la nak amek kesempatan kan....wakaka


Antara taktik yang EA dan anda mesti tau :



  1. Takada duit kecik
   


  Ni alasan yang dorang akan gunakan untuk mengelak daripada membayar...kalau pekedai tak da duit kecik tu boleh terima lagi tapi ni ashik kau sahaja yang kate x da duit kecik...
bagi EA mmg alasan tak leh terima sbb peniaga mesti la ada duit tukar ....erm terbaikkkkk             





      2.Pergi tandas


Yang ni lagi the best sbb bila tima kira mesti dorg nie mula rasa cam cacing kepanasan...ada sajer tak kena..cara yang terbaik dengan melarikan diri ketempat iaitu TANDAS. Macam-macam 1001 alasan yang dia akan bagi asalkan x yah bayar...
wakaka


3.Lupa bawa duit atau wallet




ni lagi alasan yang kerap EA dengar..dah tau nak pergi minum takkan x berawas-awas kot nak bawak wallet..ataupun bawa duit ngam-ngam choi jer tapi makan lebih daripada duit yang dibawa.ni masalah beb...kalo sekali tak per tapi kalo dah banyak kali...EA pun tak tau nak cakap aper


Jadi ape yang anda rasa kalo dia ashik buat perangai yang same bila nak bayar...mesti bengang kan.kalau dorang buat perangai tapi bayar balik tu tak ape lar tapi kalau dia wat dang @ tak tau..erm mmg wakaka.solutionnya untuk mengelakkan kita untuk menjadi mangsa lebih baik bayar sendiri-sendiri atau kurangkan mengeteh bersama si dia..kita juga mesti ada GIVE AND TAKE.....settle...




youtube

Tiada ulasan: