1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Selasa, 18 Disember 2012

KAD ATM MAYBANK DITELAN MESIN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Kejadian Kad ATM EA telah ditelan semasa membuat transaksi di mesin ATM SMART. Mula rasa panik dan risau kerana sudah banyak kes yang melibatkan penyalahgunaan kad atm orang lain. EA terus menelefon operator Maybank untuk membuat aduan  di talian 1300 88 6688. Untuk memudahkan urusan semasa menghubungi operator (biasalah kalau call operator mesti banyak soseh-soseh)jadi  sila pilih bahasa  dan tekan butang no 4. Kemudian tekan butang no.3.Oleh itu, anda boleh bercakap terus dan melaporkan kepada pegawai khidmat pelanggan akan kejadian kes itu.

Hati rasa tenang selepas menghubungi pegawai tersebut kerana kad itu telah dihalang (block) sehingga dihantar kepada Maybank yang berhampiran. Walaubagaimanapun, EA terpaksa menunggu panggilan untuk mendapatkan kad itu semula. Sekiranya kad itu lambat dihantar ke Maybank, EA boleh mendapatkan kad ATM yang baharu tetapi dikenakan bayaran sebayak RM 10...  




Isnin, 17 Disember 2012

SELAMAT PENGANTIN BAHARU : NURHANA DAN NORMAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI





SELAMAT PENGANTIN BAHARU 
KEPADA SEPUPU EA
IAITU SITI NURHANA DAN PASANGANGANNYA NORMAN
SEMOGA BAHAGIA DAN BERKEKALAN.


** 15 DISEMBER 2012 TELAH MENJADI SAKSI SEBAGAI SEJARAH PENYATUAN DUA HATI DENGAN DIIJABKABUL MENJADI PASANGAN SUAMI DAN ISTERI. TAHNIAH..

Rabu, 12 Disember 2012

PENGALAMAN TIDAK DAPAT DIBELI DENGAN WANG RINGGIT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG


-RABU HARI TANPA BICARA-

** ENTRY KHAS SEMASA DI TANJUNG MALIM

Rabu, 28 November 2012

Selasa, 27 November 2012

NASI AYAM PENYEK BIBIK MEMAMG BERBALOI-BALOI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI...


EA telah singgah di Restoran Bibik yang menjual nasi ayam penyet selepas pulang daripada berjumpa rakan di Skudai,Johor. Nasi ayam penyek ini memang berbaloi-baloi kerana rasanya yang enak ditambah dengan harganya yang murah iaitu RM 5 sepinggan..Jadi., sebab itulah nasi ayam penyek menjadi pilihan jika EA pergi ke Skudai..

Bukan itu sahaja, rasanya juga berbeza kerana sambalnya yang hott dan taburan kriuk-kriuk diatas ayam itu cukup terasa apabila dimakan.Malah anda juga boleh dapatkan nasi tambah dan sambal lebih dengan PERCUMA..Kalau nak ayam lebih,harga pun mesti lebih cuma nasi dan sambal jer percuma... Wakakaka

Makan nasi ayam penyek dengan TEH O AIS LIMAU...ERM...rasanya
memangg puhhhh mantap...


Lokasi Restoran Bibik ini di Taman Universiti Skudai dan terletak di belakang AL-IKHSAN Factory Outlets.Jom cuba nasi ayam penyet bibik dan rasakan keenakan sambalnya yang boleh memukau sambil menitiskan air mata.....

Isnin, 26 November 2012

CASH OUT NUFFNANG

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI


Syukur dipagi hari kerana hari ini nuffnang di blog EA telah mencapai RM 101. Nilai ini tidak dapat diperolehi sekiranya tiada sokongan daripada blogger-blogger dan pembaca yang sudi berkunjung di blog emmeraziz.blogspot.com. EA juga telah cash out daripada nuffnang dan hanya perlu menunggu sahaja cek datang kerumah..

ALHAMDULLILALLAH.BERJAYA JUGA PENUHKAN TABUNG
EA JUGA PERLU MENUNGGU LEBIH KURANG SEBULAN UNTUK MENDAPATKAN
CEK DARIPADA NUFNANG
SETELAH DIKENAKAN CAJ UNTUK
CASH OUT NILAI YANG  EA
DAPAT HANYA RM100.
-SEMUANYA BOLEH BINCANG-

Terima kasih kepada semua yang telah membantu dan memberi sokongan terhadap blog EA terutama sekali kepada Nuffnang sebagai penaja utama ,semua followee,pembaca dan blogger lain. EA harap anda semua boleh kekal lepak santai dengan membaca blog ini.

TERIMA KASIH SEMUA

Ahad, 25 November 2012

BUKU USTAZ AZHAR IDRUS TERBARU

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI..


Syukur akhirnya abis juga EA membaca buku UAI keluaran terbaru yang membincangkan tentang hukum hakam ini...Keluaran buku ini EA rasa lebih menarik kerana ia lebih bewarna - warni dan berserta dengan hadith sebagai fakta untuk menguatkan hukum tersebut. Selain itu, keluaran buku ini juga ditambah dengan panduan-panduan dalam mengerjakan ibadat.Jadi.ia dapat memudahkan pembaca untuk mendapat ilmu dan mengamalkannya. 

Walaupun,buku ini membicarakan tentang hukum-hakam ia masih membuatkan EA ketawa kecil membaca buku ini..Anda semua rasa pelik??.EA cadangkan tahun depan UAI masuk maharajalawak mega mesti dapat undian jadi juara (sekadar bergurau).Wakakaka.Kalau nak bergelak ketawa sambil mendapat ilmu dapatkanlah buku UAI yang terbaru ini. 

SELAMAT MEMBACA

Jumaat, 23 November 2012

CARA MUDAH UNTUK BERZIKIR

ASSALAMMUALAKUM DAN SELAMAT PAGI

Bagaimana untuk berzikir dengan cara mudah?? Zikir yang dinyanyikan oleh HAFIZ HAMIDUN merupakan  cara mudah untuk kita sentiasa berzikir.Alunan muzik yang menenangkan berserta dengan lirik zikirnya yang berulang akan mudah unttuk kita mengikut berzikir bersama. Selain itu, berzikir juga merupakan vitamin bagi rohani.. Ia tidak seperti jasmani dimana anda perlu mengeluarkan wang ringgit untuk membeli supplement bagi tujuan kecantikan atau lebih bertenaga. Untuk rohani anda hanya perlu berzikir biar hidup ini menjadi lebih seimbang.

Mari kita luangkan masa sebentar dan jom kita berzikir
 bersama-sama. 

LAILAHA ILLALLAH-HAFIZ HAMIDUN

ASTAGFIRULLAH-HAFIZ HAMIDUN

SUBHANALLAH-HAFIZ HAMIDUN

Rabu, 21 November 2012

SELAMATKAN GAZA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG


RABU HARI TANPA BICARA
MARILAH KITA SEMUA BERDOA SUPAYA GAZA BEBAS DARIPADA
CENGKAMAN REJIM ZIONIS.
SUMBANGLAH UNTUK TABUNG GAZA 
BAGI
MEMBANTU SAUDARA 
KITA DISANA

Isnin, 19 November 2012

JURIAH PUTU BAMBU MEMANG SEDAP

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM 


Sekiranya anda pergi ke Ayer Hitam,Johor jangan lupa singgah di kedai JURIAH KEDAI PUTU BAMBU untuk merasakan keenakkan putu bambu bagi yang menggemarinya. Lokasi kedainya memang tidak jauh daripada plaza tol Ayer Hitam dan mudah untuk mendapatkannya.Selain itu, ramai juga yang menjual putu bambu dikawasan itu. Semasa EA sampai hanya kedai kak Juriah ni yang sudah buka.

Semasa EA sampai,pekerja kedai ini sedang menyiapkan putu bambu yang telah ditempah oleh pelanggannya..Tengok bungkusan putu bambu itu...banyakkan yang ditempah..tetapi jangan risau anda tidak perlu menunggu lama untuk membeli putu bambu ini kerana customer service memang terbaikk!!!!


Rasa putu bambu ni memang sangat berlemak dan secukup rasa sedapnya. Rasanya berbeza dengan yang dijual dikedai-kedai lain. Daun pisang menjadi pengalas bagi mengekalkan keaslian rasanya.Harganya juga berpatutan iaitu 6 biji RM 2.50 jer..Tekak pun dah tak tahan nak merasa putu bambu ini dan apa lagi jom makan..

Khamis, 15 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI


SALAM MAAL HIJRAH KEPADA 
SEMUA BLOGGER DAN PEMBACA YANG
BERAGAMA ISLAM.
SEMOGA TAHUN MASIHI KALI INI
MENJADI TITIK HIJRAH
KEJALAN ALLAH 
YANG DIREDHAI DAN DIBERKATI DALAM 
HIDUP INI

EA RASA BERSYUKUR KERANA BERMULANYA TAHUN HIJRAH 1434 INI BERSAMAAN DENGAN HARI LAHIR EA.

Rabu, 14 November 2012

BERMULANYA CUTI PERSEKOLAHAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


RABU HARI TANPA BICARA
AWASI KANAK-KANAK DIMUSIM BANJIR INI.

EA UCAPKAN SELAMAT BERCUTI SEKOLAH KEPADA 
ADIK-ADIK
&
GUNAKAN MASA CUTI INI DENGAN MELAKUKAN
AKTIVITI YANG BERFAEDAH



Selasa, 13 November 2012

SELAMAT HARI DEEPAVALI




-BERTUAHNYA MALAYSIA KERANA MEMPUMPANYAI PELBAGAI KAUM DAN BANGSA-

SELAMAT HARI DEEPAVALI 
KEPADA 
KAUM INDIA
YANG
 MERAIKANNYA.


Ahad, 11 November 2012

RAMAINYA HOST EAT BULAGA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI...


Setiap petang EA akan menonton rancangan EAT BULAGA sekiranya ada masa terluang. Rancangan tv show ini  disiarkan di SCTV, Indonesia. Jadi negeri-negeri yang berhampiran dengan Indonesia jer yang bertuah mendapat siaran dari Indonesia. Program EAT BULAGA ini idea asalnya dan telah ditayangkan di Filiphina. Ia telah dibawa ke Indonesia dan mengekalkan segmen-segmen yang sama seperti di Filiphina..

EA rasa rancangan realiti tv ini sangat terbaik kerana ditayangkan secara langsung dan mempunyai ramai host. Ia juga ditayangkan pada setiap hari. Selalunya rancagan realiti tv ni kita dapat lihat 2 atau 3 orang tetapi EAT BULAGA menampilkan lebih daripada 10 host...

HOST EAT BULAGA FILIPHINA
HOST EAT BULAGA INDONESIA
Rancangan realiti tv ini juga berbeza dengan program lain kerana ia diwujudkan untuk membantu masyarakat yang hidup dalam kesusahan. Setiap pemenang dalam semua segmen akan dibayar secara wang tunai pada masa itu juga..Memang terbaik..Lokasi segmen dibuat didalam dan diluar studio..EA ucapakan syabas kepada SCTV kerana dapat menerbitkan rancangan yang membantu masayrakat yang hidup dalam kesusahan. Semoga EAT BULAGA berkekalan dan bertambah penonton. Kepada BOS UYA tolong sponsor tiket untuk EA menonton EAT BULAGA secara live distudio...Itu lebih ashikkkkkkkkk.....


layan lagu opening EAT BULAGA



Sabtu, 10 November 2012

CENDERAHATI DARIPADA SKDC

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI...

Semalam merupakan hari terakhir EA bergelar sebagai seorang pendidik.Sedih untuk menninggalkan SKDC. Walaubagaimanapun orang cakap setiap yang mula akan ada penghujungnya, Sama juga kontrak perkhidmatan yang EA terima hanya sebulan dan masa telah berlalu dengan cepat.. Sebelum EA meninggalkan langkah terakhir daripada sekolah itu, cikgu-cikgu disana telah memberi cenderahati. Rasa bersyukur walaupun status sebagai cikgu ganti tetapi ada juga cenderahati yang diberikan sebagai tanda kenang-kenangan nie.

Jom teka apa cenderahati yang EA terima??


Inilah cenderahatinya

PENSIL CASE 

BUKU NOTA
Yang ini khas daripada BKGK
PENSEL
PEN

TERIMA KASIH EA UCAPKAN DIATAS CENDERAHATI
 YANG TELAH DIBERIKAN 
OLEH 
GURU-GURU 
SKDC.

Isnin, 29 Oktober 2012

HAJI COWBOY

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Daripada jutaan orang yang melaksanakan ibadah haji terdapat segelintir jemaah yang digelar sebagai haji cowboy.Apa itu HAJI COWBOY??? Erm...kalau mandi cowboy pernahlah EA dengar iaitu orang yang mandi asalkan basah badan jer. 

Kali ni  EA dengar tentang Haji Cowboy dimana ia telah didedahkan dalam berita LIPUTAN SIANG SCTV Indonesia. Haji Cowboy ialah orang yang pergi menunaikan ibadah haji tanpa berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi. Mereka masuk  tanpa izin dan akibatnya ramai jemaah haji cowboy yang menjadikan jalan raya  dan berkhemah diatas bukit sebagai tempat penginapan. Itu semua bukan penghalang walaupun terpaksa berehat dijalan-jalan yang dipenuhi sampah sarap dan tidur dengan kemudahan yang tidak lengkap.Demi melaksanakan rukun islam yang kelima mereka tidak peduli dengan dugaan tersebut.

Walaupun mereka menghadapi batasan daripada aspek kewangan namun mereka tetap bersemangat dan berjuang untuk mendapatkan haji mabrur.EA doakan kepada semua jemaah haji supaya dimakbulkan haji yang mabrur dan diberkati oleh Allah... Suatu masa EA juga mahu kesana....

Jumaat, 26 Oktober 2012

SATU KUPON SATU DAGING KORBAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Bercakap tentang daging korban semestinya hari ini mesti banyak tempat yang telah melaksanakan ibadah korban.Kebanyakan tempat dikawasan EA daging korban boleh diambil dengan adanya kupon yang telah diserahkan oleh AJK surau atau masjid. Erm..siapa yang tidak dapat kupon maka dapat tengok lembulahhh..kesiannn...

Ramai yang telah memilih Surau Jannatul Firdaus untuk membuat ibadah korban.Hanya kambing yang menjadi binatang korban disurau ini.

Ramai yang tengah beratur untuk mendapat daging korban yang telah disediakan.

Banyak tempat yang disediakan untuk memudahkan orang ramai mengambil daging korban.

Inilah daging kambing yang EA dapat..kalau dimasak manis memang 
ENAK oh ENAK!!!!


Khamis, 25 Oktober 2012

SALAM AIDILADHA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


EA NAK UCAPKAN SELAMAT  HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA MUSLIM DI SELURUH DUNIA DAN KHAS
UNTUK
SEMUA BLOGGER DAN PEMBACA 
BLOG EA



Khamis, 11 Oktober 2012

DATO SITI NURHALIZA DI UTM

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG



Semalam penyayi No 1 negara Dato Siti Nurhaliza telah diundang untuk menyanyikan lagu semasa malam pembukaan Festival Konvokesyen ke -49 di UTM Skudai..Jom tengok gambar Dato Siti semasa menyanyikan lagu-lagunya di sana....


wahh...suara Dato CT memang lunak

semua penonton terpukau apabila Dato Ct menarik vokalnya yang mantap
mesra Dato CT melayan peminat dengan mendendangkan lagu cindai

Dato Ct bergandingan dengan pelajar UTM

Joe Filzow pun ada juga sebagai artis jemputan

senyum Ila jangan x senyum....

 Dato CT juga sempat bergambar dengan DYMM Raja Zarith Sofia sebagai Canselour UTM

kenangan TNC UTM bersama DATO CT