1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Sabtu, 26 Mac 2016

DOWNLOAD/TONTON BATMAN vs SUPERMAN 2016 ONLINE

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Film Batman VS Superman sudah ditayangkan di Malaysia pada 23 Mac 2016. EA dan kawan-kawan telah pergi menonton filem ini selepas pulang dari kerja pada 24Mac2016. 


Sepanjang 2jam 45minit cerita ini ditayangkan,EA cuma rasa seronok semasa aksi pertarungan antara Batman dan Supeman serta pertarungan menumpaskan Monster. Aduhhhhh..1jam awal boleh gigit kuku sebab ceritanya yang slow motion dan membosankan.

Akhir sekali,watak Superman sudah tiada kerana telah dibunuh oleh Monster... Jadi superman telah mati. Mungkin siri yang akan datang akan menampilkan semua superhero yang hebat~hebat.

Isnin, 21 Mac 2016

SANTAI: BELAJAR MAIN GOLF

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Walaupun dalam kepanasan cuaca elnino,sempat lagi EA diajar bermain Golf. EA diajar pegang stick dan cara memukul bola. Teka siapa yang ajar EA? 

Yang ajar EA budak lagi tapi jangan terkejut dia punya pukulan memang hebat. EA rasa puas hati bila dapat rembat bola melambung tinggi dab pergi jauh...huhuhuhu..Lain kali bola cuba lagi.

Rabu, 16 Mac 2016

KONGSI:KESABARAN MEMBUAT PASSPORT di UTC,GALERIA JB

Assalammualaikum dan Selamat Malam.


Buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh...kerana buku merah EA terpaksa meluangkan setenga hari di UTC Galeria,JB. 

Sebenarnya EA sudah datang ke UTC malam semalam tetapi nombor giliran pulak sudah habis. Penjaga no. tu cakap malam hanya disediakan untuk 40 nombor saje.. Bukan saje membuang masa tetapi melayang lagi RM3 untuk bayar duit parking walaupun  tak sampai satu jam.

Jadi, hari ini EA datang lagi ke UTC  pada pukul 9.30pagi. Sampai jer disana,orang sudah beratur panjang dan EA dapat no. 1193..Pergh...ni nak menjerit ke atau nak nangis..EA pun layankan jer sampai pukul 1.30 barulah passport EA siap..Fuhhh...nasib baiklah staff imegresen kat situ semua ceria dan mesra pelanggan. Terubat sikit rasa menyumpah-nyumpah.

**Tips untuk yang ingin buat passport di UTC Galleria:
1)EA cadangkan anda datang pukul 2 petang sebab orang sudah mula berkurangan. 
2) Kalau nak buat malam,sila datang pukul 7 malam sebab no.giliran  yang disediakan cuma untuk 40 orang.
3) Elakkan datang pukul 12 tengah hari sebab selalunya kuota no.giliran waktu pagi sudah habis dan anda perlu tunggu untuk mendapatkan no. giliran seterusnya selepas waktu makan iaitu pukul 2 petang.