1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Rabu, 16 Mac 2016

KONGSI:KESABARAN MEMBUAT PASSPORT di UTC,GALERIA JB

Assalammualaikum dan Selamat Malam.


Buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh...kerana buku merah EA terpaksa meluangkan setenga hari di UTC Galeria,JB. 

Sebenarnya EA sudah datang ke UTC malam semalam tetapi nombor giliran pulak sudah habis. Penjaga no. tu cakap malam hanya disediakan untuk 40 nombor saje.. Bukan saje membuang masa tetapi melayang lagi RM3 untuk bayar duit parking walaupun  tak sampai satu jam.

Jadi, hari ini EA datang lagi ke UTC  pada pukul 9.30pagi. Sampai jer disana,orang sudah beratur panjang dan EA dapat no. 1193..Pergh...ni nak menjerit ke atau nak nangis..EA pun layankan jer sampai pukul 1.30 barulah passport EA siap..Fuhhh...nasib baiklah staff imegresen kat situ semua ceria dan mesra pelanggan. Terubat sikit rasa menyumpah-nyumpah.

**Tips untuk yang ingin buat passport di UTC Galleria:
1)EA cadangkan anda datang pukul 2 petang sebab orang sudah mula berkurangan. 
2) Kalau nak buat malam,sila datang pukul 7 malam sebab no.giliran  yang disediakan cuma untuk 40 orang.
3) Elakkan datang pukul 12 tengah hari sebab selalunya kuota no.giliran waktu pagi sudah habis dan anda perlu tunggu untuk mendapatkan no. giliran seterusnya selepas waktu makan iaitu pukul 2 petang.

Tiada ulasan: