1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Sabtu, 26 September 2020

KEA: TUAI SAWI


 Assalammualaikum dan Selamat Pagi


Semalam EA dah tuai 2 pokok sawi untuk dimasak mi.


Memang puas  dengan penat lelah bermula PKP hingga dituai.




Isnin, 31 Ogos 2020

KEA: SAYUR KAILAN DAN SAYUR SAWI SUDAH MEMBESAR

Assalammualaikum dan Selamat Hari Kemerdekaan ke-63

Susun atur baru pokok sawi dan kai lan

Proses tumbesaran tak sekata.Ada besar dan ada kecik.

EA lebih bersemangat apabila melihat pokok sudah besar.Kena tunggu lagi sebelum dituai.

SELAMAT HARI MERDEKA

Sabtu, 22 Ogos 2020

KEA: AKHIRNYA KANGKUNG DAH DITUAI

Assalammualaikum dan Selamat Pagi
Akhirnya kangkung yang EA tanam telah dituai. Kangkung ni EA masukkan dalam oden.Rasa memang sedap dan segar.


Sabtu, 8 Ogos 2020

KEA: PEMINDAHAN ANAK POKOK KAILAN KE BEKAS HIDROPONIK

Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Baru lepas pindahkan 9 anak pokok kailan dan satu pokok pak coi. 

Jumaat, 7 Ogos 2020

KEA: HARI KEDUA PULUH MENANAM KAILAN DAN KANGKUNG SECARA HIDROPONIK

 Assalammualaikum dan Selamat Petang

Hari kedua puluh menanam kailan dan kangkung

Selamat dipindahkan kailan dari bekas semain ke bekas hidtoponik diy.
Semuanya dapat 8 pot.Harap- harap percubaan kali ni menjadi.
Kangkung ni memang sedang membesar. Tunggu boleh dituai jer.

Isnin, 3 Ogos 2020

KEA: HARI KELIMA MENANAM PAKCHOY

Assalammualaikum dan Selamat Malam

Hari ini masuk hari kelima EA menanam pakchoy secara hidroponik. 

Hari pertama dan kedua
Proses percambahan anak benih.EA taburkan benih atas tisu basah dan tutup dengan bekas kedap udara.

Hari ketiga
EA pindahkan benih ke sponge.

Hari keempat dan kelima
Memastikan anak pokok berdaun 4 sebelum dipindahkan ke bekas hidroponik. Sebab malas EA nak jaga kelembapan bekas semaian, jadi EA tuang air nutrient dengan kandungan EC 500.

Kita tunggu proses yang seterusnya.

KEA: HARI KETUJUH MENANAM HERBA KUCING

Assalammualaikum dan Selamat Petang

Hari ketujuh



Herba kucing ni dah menjadi tapi yang kelakarnya bila EA bagi pada kucing,kucing EA tak nak makan.

Satu lagi bekas herba kucing dah tertumpah ke bumi.
Tiada lagi perbandingan lepas ni.

KEA: HARI KEENAM BELAS MENANAM KAI LAN DAN KANG KUNG

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

HARI KE-16


Ada beberapa anak pokok kai lan ni dah berdaun 4. Esok EA akan pindahkan ke botol DIY.

Kang kung ni masih dalam proses tumbesaran.Beberapa daun kang kung dah melepasi raga. Lagi 2 hari EA tukar baja nutrient.

Khamis, 30 Julai 2020

PERCUBAAN KEDUA MENANAM KANGKUNG HIDROPONIK

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Percubaan kedua menanam kangkung secara hidroponik kelihatan daun tumbuh sekata pada hari ketiga berbanding percubaan pertama. EA baru tukar air dan tambah baja AB dengan kadar 800EC.

KEA: HARI KETIGA MENYEMAI HERBA KUCING

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

HARI KETIGA

Cara pertama dah mengeluarkan batang.
Cara kedua masih tiada perubahan.

Selasa, 28 Julai 2020

KEA: HARI PERTAMA MENYEMAI HERBA KUCING

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

Hari ini EA buat 2 teknik berbeza menyemai herba kucing.

Satu benih ditutup dengan lapisan tipis tanah organik 
Satu lagi  disemai tanpa diletakkan lapisan nipis tanah organik di atas benih.


Apa yang berlaku pada hari seterusnya? yang mana bercambah dulu? Nanti EA update lagi.

Ahad, 26 Julai 2020

KEA: HARI KELAPAN MENANAM KAI LAN DAN KANGKUNG

Assalammualaikum dan Selamat Pagi

HARI KELAPAN

Kai lan baru nak membesar dalam 2cm dan benih yang lain dalam proses percambahan. Selepas baca dalam group Kebun bandar,EA jemur 1jam untuk memberi nutrient cahaya kepada benih agar cepat membesar dan boleh dipindahkan.
Kang kung memang tiada masalah,semakin mendapat cahaya matahari semakin membesar

Selasa, 21 Julai 2020

KEA: HARI KEEMPAT MENANAM KAI LAN DAN KANGKUNG

Assalammualaikum dan Selamat Petang

HARI KEEMPAT

Kai lan ini baru nak menunjukkan fasa percambahan.
Untuk sayur kangkung, EA sediakan campuran 8l air dan 80ml baja A dan baja B dengan sukatan EC 820.
Hari ini EA jadikan 2 bekas kangkung menjadi satu bekas sahaja.

Isnin, 20 Julai 2020

KEA: HARI KETIGA MENYEMAI KAI LAN DAN KANGKUNG

Assalammualaikum dan Selamat Petang

Hari Ketiga
Kai lan masih tidak menunjukkan percambahan benih. Mungkin hari ketujuh baru keluar daun
Benih kangkung sudah mula bercambah.
Esok EA bancuh baja A dan B agar kangkung dapat membesar dan cukup nutrisi.

Ahad, 19 Julai 2020

KEA: HARI PERTAMA MENYEMAI BENIH KANGKUNG DAN KAILAN

Assalammualaikum dan Selamat Malam

Group KEBUN BANDAR telah berjaya meracun EA untuk berjinak-jinak dengan dunia tanaman. Percubaan pertama EA dengan menanam sayur kailan dan kangkung secara hidroponik.

HARI PERTAMA: Semaian benih kai lan dan kangkung.

Bahan- bahan nak menyemai anak benih


EA potong sponge dengan menjadikan 8 bahagian
Setiap 1 bahagian EA letak 2 biji benih kailan.
Kemudian, tempatkan dalam bekas yang berisi air. EA kena tunggu 3 hari untuk melihat proses percambahan anak benih.

EA juga semai kangkung secara hidroponik pada hari yang sama. Rasanya benih yang ditaburkan kurang. Tak pe,kita lihat sama ada tumbuh atau tidak kangkung EA.

Ahad, 16 September 2018

KONGSI: SEBELUM DAN SELEPAS TINTED AXIA

Assalammualaikum dan Selamat Pagi

EA kongsikan 4 gambar sebelum dan selepas tinted kereta Axia.
Sebelum




Selepas




Agak berpuas hati kerana memandu pada waktu matahari terik tak seperti berada dalam aquarium lagi.

Warna: black silver
Uv: 50%
Gelap: 80%
Harga : RM240 percuma 8cm tinted depan.
Lokasi kedai: berhampiran Kip Mart Kota Tinggi sebelah Old Town Coffee.

Sabtu, 15 September 2018

KONGSI: PAPAN SPEAKER/SPEAKER BOARD AXIA

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Selepas Axia E ni dipasang papan speaker barulah orang luar tak boleh teropong barang yang ada dalam ruangan bagasi/ bonet.

Harga speaker board ini hanya RM 135 termasuk postage..Berbaloi kan. Kalau korang nak, call atau whatsapp no ni 0127156632 sendiri..Settle.

MAKANSUTRA:MI ROJAK WARUNG HIJAU

Assalammualaikum dan Selamat Hari Malaysia
Sebelum mendaki ke Bukit Payung, EA berserapan di Warung Hijau, Parit Sulong. Kedai mi memang menjadi pilihan keluarga apabila pulang ke kampung.
Tukar menu pula, selalu EA makan mi goreng tapi kali ni EA nak makan mi rojak..mmm...enak.