1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 3 Ogos 2020

KEA: HARI KELIMA MENANAM PAKCHOY

Assalammualaikum dan Selamat Malam

Hari ini masuk hari kelima EA menanam pakchoy secara hidroponik. 

Hari pertama dan kedua
Proses percambahan anak benih.EA taburkan benih atas tisu basah dan tutup dengan bekas kedap udara.

Hari ketiga
EA pindahkan benih ke sponge.

Hari keempat dan kelima
Memastikan anak pokok berdaun 4 sebelum dipindahkan ke bekas hidroponik. Sebab malas EA nak jaga kelembapan bekas semaian, jadi EA tuang air nutrient dengan kandungan EC 500.

Kita tunggu proses yang seterusnya.

Tiada ulasan: