1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 31 Ogos 2020

KEA: SAYUR KAILAN DAN SAYUR SAWI SUDAH MEMBESAR

Assalammualaikum dan Selamat Hari Kemerdekaan ke-63

Susun atur baru pokok sawi dan kai lan

Proses tumbesaran tak sekata.Ada besar dan ada kecik.

EA lebih bersemangat apabila melihat pokok sudah besar.Kena tunggu lagi sebelum dituai.

SELAMAT HARI MERDEKA

Sabtu, 22 Ogos 2020

KEA: AKHIRNYA KANGKUNG DAH DITUAI

Assalammualaikum dan Selamat Pagi
Akhirnya kangkung yang EA tanam telah dituai. Kangkung ni EA masukkan dalam oden.Rasa memang sedap dan segar.


Sabtu, 8 Ogos 2020

KEA: PEMINDAHAN ANAK POKOK KAILAN KE BEKAS HIDROPONIK

Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Baru lepas pindahkan 9 anak pokok kailan dan satu pokok pak coi. 

Jumaat, 7 Ogos 2020

KEA: HARI KEDUA PULUH MENANAM KAILAN DAN KANGKUNG SECARA HIDROPONIK

 Assalammualaikum dan Selamat Petang

Hari kedua puluh menanam kailan dan kangkung

Selamat dipindahkan kailan dari bekas semain ke bekas hidtoponik diy.
Semuanya dapat 8 pot.Harap- harap percubaan kali ni menjadi.
Kangkung ni memang sedang membesar. Tunggu boleh dituai jer.

Isnin, 3 Ogos 2020

KEA: HARI KELIMA MENANAM PAKCHOY

Assalammualaikum dan Selamat Malam

Hari ini masuk hari kelima EA menanam pakchoy secara hidroponik. 

Hari pertama dan kedua
Proses percambahan anak benih.EA taburkan benih atas tisu basah dan tutup dengan bekas kedap udara.

Hari ketiga
EA pindahkan benih ke sponge.

Hari keempat dan kelima
Memastikan anak pokok berdaun 4 sebelum dipindahkan ke bekas hidroponik. Sebab malas EA nak jaga kelembapan bekas semaian, jadi EA tuang air nutrient dengan kandungan EC 500.

Kita tunggu proses yang seterusnya.

KEA: HARI KETUJUH MENANAM HERBA KUCING

Assalammualaikum dan Selamat Petang

Hari ketujuh



Herba kucing ni dah menjadi tapi yang kelakarnya bila EA bagi pada kucing,kucing EA tak nak makan.

Satu lagi bekas herba kucing dah tertumpah ke bumi.
Tiada lagi perbandingan lepas ni.

KEA: HARI KEENAM BELAS MENANAM KAI LAN DAN KANG KUNG

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

HARI KE-16


Ada beberapa anak pokok kai lan ni dah berdaun 4. Esok EA akan pindahkan ke botol DIY.

Kang kung ni masih dalam proses tumbesaran.Beberapa daun kang kung dah melepasi raga. Lagi 2 hari EA tukar baja nutrient.