Assalammualaikum dan Selamat Hari Malaysia.
Misi menawan Bukit Payung, Parit Sulong telah berjaya EA daki pada hari ini.
Alhamdulillah, pendakian EA dipermudah walaupun tahap kesihatan EA tidak begitu baik dan badan masih lagi lemah.
Walaubagaimanapun, misi kali ini EA anggap tidak berjaya kerana
1. Tidak berjaya mendaki 4 bukit yang berdekatan dengan bukit payung. Bukan tiada tenaga tetapi lokasi parkir kereta jauh dengan kaki bukit penamat.
2.Sampai ke puncak tetapi tidak dapat bergambar. Orang ramai sangat.
3. Air terjun yang tular tidak berjaya EA temui.
EA akan datang sekali lagi dengan misi yang sama mendaki 5 bukit dan mencari air terjun sebelum meneruskan pendakian ke tempat lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan