1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 9 Februari 2017

MAKANSUTRA:MAKAN MALAM DI RESTORAN PERKIN

Assalammualaikum dan Selamat Pagi
Company tempat EA bekerja telah belanja semua staff di Restoran Perkin,Sutera Mall sempena Tahun Baharu Cina.

 Apa restoran Perkin????Itukan restoran cina? Halal ker? 
** Mestilah halal kerana Restoran Perkin ada menyediakan ruang makan khusus bagi makanan HALAL. Pinggan mangkuk pun tak campur.

Makanan yang dihidangkan semua sedap.
Rasa Yee Sang ni memang mantop. Gabungan sayur,ikan salmon dan keropok memang bergabung meletup.Ikan salmon dan sayur sangat segar dan tak terasa hanyir.

Sup ikan jerung. Tambah sedikit lada putih dan cili padi hijau...hisssshhhh rasanya memang terangkat. Nak jadikan seperti soto,tambahkan sedikit kacang goreng..

Organ dalaman ikan. EA suka makan cendawan sebab gred A.

Ini pula Ikan Merah Steam Baba Nyonya. EA tak tipu isi ikan yang lembut dan disirami sambal yang rasanya pedas-pedas manis...memang PADU. Kalau dapat nasi putih lagi berselera makan.

Ni Sesama Honey Prawn. Udang ni makan sekali mesti nak makan dua kali..dah makam dua kali mesti korang nak makan kasi licin...hahahaha

Perkin bermaksud itik. Hidangan itik salai ni sangat sedap. Isinya yang terasa juicy dan kulitnya sangat rangup macam keropok rota. Sekali gigit bunyi kruk..kruukk...krruukk

Makanan terakhir ialah nasi pulut goreng. Perut EA pun dah kenyang jadi makan sekadar menjamah. Paling spesial bila EA tergigit kacang gajus, rasa kemanisan kacang boleh hilangkan stres bekerja.

Longan dan kelapa laut sebagai pencuci mulut..

Kami setable. Hidangan untuk 10 orang tapi meja kami yang datang hanya 5 orang. Makan sampai lebam lah jawabnya..

Nak selit swafoto juga.

Gong Xi Fa Cai

Tiada ulasan: