Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
Untuk cuba sesuatu yang berbeza, percutian kali ini EA pilih dengan menunggang motosikal ke Shah Alam dan Ipoh.
05/11/2016
Dari JB ke Shah Alam mengambil masa 4 jam dan kami telah berhenti rehat sebanyak 3 kali.
Tiba di Shah Alam, kami pergi check in hotel lalu masuk ke Dataran Cendiakawan UITM untuk mengeteh.Pada waktu malam pula, EA telah dibawa makan malam di seksyen 7, lihat lampu ICT dan ronda-ronda sekitar bandar Shah Alam.
06/11
Bangun jer tidur, kami terus check out dan sarapan di Nasi Lemak Cinta. Pukul 12 tengah hari, kami mulakan perjalanan dari Shah Alam ke Ipoh. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam setengah. Kami hanya berhenti rehat sekali di RnR Tg. Malim.
Pada waktu malam, kami hanya lepak dan makan malam. Penat pun masih terasa, jadi kami pulang ke rumah kawan EA awal.
07/11
Setelah misi selesai, kami pulang ke JB selepas waktu subuh. Kami bergerak pulang pukul 7 pagi dan sampai di rumah pukul 7 malam. Dari terasa embun pagi hingga terasa panas mentari. Kos Dari JB ke Ipoh menggunakan motor FZ150 berjumlah RM40.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan