1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 2 Jun 2016

SANTAI (PB5N1D):HARI PERTAMA DI TERENGGANU

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
EA bertolak dari Kulai ke Terengganu pada hari Sabtu pukul 1 pagi selepas minum di kedai mamak. Sampai di Terengganu pukul 8.30pagi.
Kami teruskan perjalanan ke Gong Badak untuk mencari sarapan. Kami telah bersarapan di My Mom Nasi Lemak dan lokasinya terletak di Gong Badak.
Kawan EA cadangkan nasi lemak tetapi EA pilih laksam supaya padan dengan percutian di Pantai Timur. 

Selepas sarapan, kami pergi ke Pantai Buruk untuk melihat keindahan laut. Persekitaran yang cantik menjadikan kami terasa sangat teruja untuk bergambar di sana.
Kemudian, kami pergi mencari rumah tumpangan untuk menginap di sana selama satu malam. EA dikhabarkan kebanyakan hotel sudah penuh namun kami jumpa juga rumah tumpangan yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Mizan di Gong Badak. Kami tinggal di Tidoq Hotel.
Selepas solat zohor, kami ke Kuala Terengganu untuk mencari makan tengah hari.Kami makan tengah hari di Restoran Mat Binjai. 
Kami juga pergi ke Kampung Cina dan Pasar Payang. Banyak graviti  dan mural dilukis di bangunan kedai sekitar Kampung Cina. Dari Kampung Cina ke Pasar Payang kami berjalan kaki. EA tidak membeli apa-apa kerana barang yang dicari tiada.



Waktu masih panjang lagi, kami pergi ke Masjid Kristal. Masa ini ramai pasangan pengantin mengambil gambar di persekitaran masjid. EA juga turut solat maghrib di masjid ini.
 Aktiviti diteruskan dengan makan malam di Pantai Buruk.  Kami makan sambil menonton perlawanan bola persahabatan di antara Malaysia menentang Myanmar.
Oleh sebab ingin melihat pantai, EA telah memandu kereta mengikut gerak hati untuk mencari pantai sepanjang perjalanan dari KT ke Gong Badak.chia chia chia..Akhirnya jumpa juga papan tanda Pantai Tok Jembal. Dengan keyakinan, EA masuk lorong dan bertanya dua awek yang lalu bagi mendapatkan kepastian.
EA sangat terkejut apabila tiba di pantai itu kerana banyak kedai makan hipster dan penghibur jalanan sedang membuat persembahan. Tempat ini sangat meriah dan menjadi kawasan melepak budak UMT dan UNISZA untuk makan malam.

Parkir kereta di tepi pantai menyebabkan kereta kami terjerlus dalam kehalusan pasir pantai. Nasib baik ada yang orang tolong kami tolak kereta. 

Setelah sampai di hotel,kawan EA mandi lalu pergi ke lobi main snoker manakala EA terus pejamkan mata.

Tiada ulasan: