1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Sabtu, 24 Oktober 2015

KONGSI : SOS

Assalammualaikum dan Selamat Malam.
Bulan September yang lepas, EA ada membeli 2 botol sos cili yang bersaiz sederhana. Sos ini memang menjadi pilihan EA kerana rasanya sangat sedap jika dimakan bersama nugget,jemput-jemput atau makanan bergoreng. 

Namun kali ini, rasa sos yang EA beli tidak sama seperti sebelumnya. Sos ini hanya tersadai di dapur. Ingin tukar di kedai,resit tiada. Jadi,EA mendapat idea untuk memanjangkan kes ini kepada pihak pengurusan sos itu melalui emel.Apa yang berlaku?

Pihak kilang itu telah membalas dan akan menghantar wakil syarikat untuk mengambil kembali sos itu. Pengurus jualan sos telah datang ke rumah EA. 
Dia juga telah merasa sos itu dan mengatakan rasanya sama seperti sos yang lain. Jawapan kami kepada wakil sos itu,jika rasanya sama dah lama kami habiskan.. Wakil sos itu pun akur dan membawa 2 botol sos itu ke makmal.

Dalam masa 30 minit kemudian, pengurus sos ini telepon EA lagi. Dia masih lagi cakap yang sos ini tiada apa-apa masalah. EA terus  mempertahankan ayat yang sama lalu dia terus bertanya apa objektif EA buat laporan. Bagi EA, ini bukan untuk sabotage tetapi sebagai pelnggan yang ingin sosnya digantikan dengan yang baharu.

3 hari kemudian,pengurus yang sama telah telepon EA dimana setelah nakmal membuat uii kaji dimana mereka mendapati yang sos EA beli memang tiada perubahan rasa. Walaubagaimanapun, pengurus itu telah datang ke rumah EA dan menggantikan sos yang baharu.. 

Tiada ulasan: