Assalammualaikum dan Selamat Malam.
Tahniah EA ucapkan kepada pasukan JDT di atas kejayaan menjadi juara Liga AFC 2015. JDT telah mencipta sejarah dimana pasukan dari asia tenggara yang layak ke pusingan akhir dan sekaligus menjadi juara. Tahniah dan luaskan kuasamu..Jauhar.
1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA
- KONGSI (256)
- MAKANSUTRA (45)
- POTRET (35)
- REFLEKSI (49)
- RTB ( RABU TANPA BICARA ) (77)
- SANTAI (47)
Sabtu, 31 Oktober 2015
Rabu, 28 Oktober 2015
Ahad, 25 Oktober 2015
POTRET: GAMBAR PILIHAN KONSERT PANGGUNG KHAYALAN SEARCH
** Konsert ini memang layan. Tahun depan #SEARCH akan sambut ulangtahun yang
ke 35 di Johor.Jumpa lagi lagend phewiittt....
TONTON KONSERT PANGGUNG KHAYALAN SEARCH di EDUCITY
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Senarai lagu yang telah dinyanyikan oleh Kumpulan SEARCH dalam Konsert Panggung Khayalan di EduCity,Nusajaya:
Lagu pembukaan-Panggung Khayalan
2.Paranoid
3.Honky Tin Kosong
4.Ku Taklukan Dunia
5.Rozana
6.Fantasia Bulan Madu
7.Kejora
8.Isabella
9.Diari Habil & Qabil
10.Isi & Kulit
11.Pelesit Kota
12.No Way
13.Metropolitan
14.Gadisku
15.Penutup-Pawana
16.Lagu tambahan-Cakap Memang Murah
**Kepada yang tak dapat pergi,ambil senarai lagu dan cari di Youtube. Jika tiada internet tunggu sampai CD keluar.
Sabtu, 24 Oktober 2015
SANTAI: MALAM INI KITA PUNYA
Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
Malam ini EA akan pergi ke Stadium Educity Nusajaya untuk menonton konsert Panggung Khayalan lagenda rock tanah air..Kumpulan SEARCH.Phewittt.Jumpa anda di sana.
Malam ini EA akan pergi ke Stadium Educity Nusajaya untuk menonton konsert Panggung Khayalan lagenda rock tanah air..Kumpulan SEARCH.Phewittt.Jumpa anda di sana.
KONGSI : SOS
Bulan September yang lepas, EA ada membeli 2 botol sos cili yang bersaiz sederhana. Sos ini memang menjadi pilihan EA kerana rasanya sangat sedap jika dimakan bersama nugget,jemput-jemput atau makanan bergoreng.
Namun kali ini, rasa sos yang EA beli tidak sama seperti sebelumnya. Sos ini hanya tersadai di dapur. Ingin tukar di kedai,resit tiada. Jadi,EA mendapat idea untuk memanjangkan kes ini kepada pihak pengurusan sos itu melalui emel.Apa yang berlaku?
Pihak kilang itu telah membalas dan akan menghantar wakil syarikat untuk mengambil kembali sos itu. Pengurus jualan sos telah datang ke rumah EA.
Dia juga telah merasa sos itu dan mengatakan rasanya sama seperti sos yang lain. Jawapan kami kepada wakil sos itu,jika rasanya sama dah lama kami habiskan.. Wakil sos itu pun akur dan membawa 2 botol sos itu ke makmal.
Dalam masa 30 minit kemudian, pengurus sos ini telepon EA lagi. Dia masih lagi cakap yang sos ini tiada apa-apa masalah. EA terus mempertahankan ayat yang sama lalu dia terus bertanya apa objektif EA buat laporan. Bagi EA, ini bukan untuk sabotage tetapi sebagai pelnggan yang ingin sosnya digantikan dengan yang baharu.
3 hari kemudian,pengurus yang sama telah telepon EA dimana setelah nakmal membuat uii kaji dimana mereka mendapati yang sos EA beli memang tiada perubahan rasa. Walaubagaimanapun, pengurus itu telah datang ke rumah EA dan menggantikan sos yang baharu..
Rabu, 14 Oktober 2015
Ahad, 11 Oktober 2015
SELAMAT PENGANTIN BAHARU ZUHAIRI DAN HUMAIRA
Assalammualaikuk dan Selamat Pagi
EA ucapkan selamat pengantin baharu kepada kawan sekolah EA dari sekolah rendah,agama dan menengah iaitu Zuhairi dan Humairi kerana telah menjadi pasangan suami isteri. EA sangat respect kerana jalinan cinta mereka bermula dari zaman sekolah menengah sehingga sampai ke jinjang pelaminan. Semoga hubungan mereka diredai allah dan kekal ke pintu jannah. Tahniah geng.
SELAMAT PENGANTIN BAHARU ARIF FAIZ DAN PASANGANNYA
Sabtu, 10 Oktober 2015
LEPAK DI NASi LEMAK WAK KENTUT
Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
Setelah habis daripada kerja, EA dan dan kawan EA terus pergi ke Warung Nasi Lemak Wak Kentut.Lokasi kedai ini berdekatan dengan Public Bank. Kalau anda dari arah Skudai, WNLWK ini selepas anda nampak Hospital Kulai.
Apa yang menariknya nasi lemak ini? Bagi EA,nasinya memang terasa sangat lemak dan sedap serta ayamnya digoreng di depan pembeli. Mungkin itu menjadikan kedai itu dibanjiri peminat nasi lemak yang berbilang kaum disamping nama kedai yang lain daripada yang lain.
Setelah habis daripada kerja, EA dan dan kawan EA terus pergi ke Warung Nasi Lemak Wak Kentut.Lokasi kedai ini berdekatan dengan Public Bank. Kalau anda dari arah Skudai, WNLWK ini selepas anda nampak Hospital Kulai.
Apa yang menariknya nasi lemak ini? Bagi EA,nasinya memang terasa sangat lemak dan sedap serta ayamnya digoreng di depan pembeli. Mungkin itu menjadikan kedai itu dibanjiri peminat nasi lemak yang berbilang kaum disamping nama kedai yang lain daripada yang lain.
Jumaat, 9 Oktober 2015
Rabu, 7 Oktober 2015
Selasa, 6 Oktober 2015
NAJIMAH : TUKAR EKZOS KERETA KELISA
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG.
Kereta yang sudah berusia seperti Kelisa EA sering kali terkena penyakit.. Kali ini baru EA sedar apabila memandu, kereta EA bunyi macam mesin basuh tengah dikeringkan di bahagian belakang sebelah kanan. EA turun dan periksa kereta.
EA lihat ekzos kereta yang menjadi punca bunyi itu. EA pun periksa lagi dan rupanya luaran ekzos juga sudah ditebuk anai-anai. Banyak lubang-lubang.
Kelisa EA telah dihantar dibengkel. Formen bengkel itu memberi 2 pilihan untuk membaiki ekzos tersebut. Welding atau tukar satu set ekzos baru. Harga welding RM90 manakala tukar satu set RM200. Jadi apa keputusan EA???
EA buat keputusan untuk tukar set ekzos yang baharu supaya lebih tahan lama berbanding welding. Welding hanya boleh digunakan untuk sementara dan bertahan hanya beberapa bulan.
Langgan:
Catatan (Atom)