1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Sabtu, 18 Julai 2015

RUMAH TERBUKA SULTAN JOHOR DI ISTANA PASIR PELANGI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT HARI RAYA
Hari ini telah berlangsunnya Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor yang telah diadakan di Istana Pasir Pelangi. Seawal pagi tetamu sudah mula membajiri Istana Pasir Pelangi. EA pun telah sampai pada pukul 9.45pagi dan terus parkir kereta didalam Masjid Pasir Pelangi. Pukul 10pagi barulah tetamu dibenarkan masuk ke dalam Istana. 



Berbilang kaum telah hadir ke rumah terbuka ini termasuk pelancong. Inilah yang dikatakan keunikan #Bangsa Johor.

Terpadat pelbagai aneka juadah daripada nasi beriyani,lemang dan ketupat, mee goreng, yong tau foo, KFC dan Pizza Hut, ayam golek ,kuih muih, cendol dan lain-lain.
Sempat lagi EA berselfie untuk menunggu giliran mengambil air Milo. EA cuma mengambil makanan seperti ayam golek,ayam kfc, pizza dan juga yong tau foo. Datang awal dapatlah pilih makanan yang EA inginkan.
Alhamdullillah dapat sarapan mewah. EA akan hadir ke program yang dianjurkan seperti ini apabila bermula pada awal pagi kerana pengunjung masih tidak ramai. Terima kasih Sultan Johor. Selamat Hari Raya.

Tiada ulasan: