1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Rabu, 22 Julai 2015

Isnin, 20 Julai 2015

PERSEKITARAN PADANG POLO ISTANA PASIR PELANGI, JOHOR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM.

Sambil beraya di rumah terbuka Sultan Johor sambil mengambil gambar persekitaran Padang Polo Istana Pasir Pelangi. Sebelum ini, EA hanya berpeluang untuk melihat padang polo dari atas highway EDL.


Saiz padang polo ini sangat besar dalam anggaran luas lebih 4x ganda padang Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dimana ia dibahagikan kepada 2 bahagian. Padang ini menggunakan rumput carpet di bahagian tengah manakala kiri dan kanan ditanam dengan rumput biasa.


Selain itu,padang polo ini boleh memuatkan beratus-ratus kenderaan dalam satu masa. Sekiranya ada majlis besar seperti anjuran rumah terbuka, pengunjung tidak perlu pakir diluar istana. 

Setelah berjalan dalam 500meter, anda akan melihat bangunan ini dimana ia merupakan tempat persinggahan tuanku sultan.
(Berdasarkan info yang EA dapat daripada JMF).


EA tidak pasti apa fungsi bangunan ini. Namun, jika dilihat daripada luar ia seakan Polo Bar House. Didalam lobbi bangunan ini mempunyai kuda emas. 

 
Garaj yang boleh menempatkan jetski, tempat kuda, lori dan juga bot laju tuanku Sultan.

Diatas yang terpacak bendera putih itu adalah singgahsana Istana Pasir Pelangi yang merupakan tempat kediaman Sultan Johor. Tempat ini tidak dibuka untuk orang awam. Jadi peluang untuk melawat Padang Polo Istana Pasir Pelangi ini apabila ada majlis yang dianjurkan oleh pihak Istana.

Sabtu, 18 Julai 2015

RUMAH TERBUKA SULTAN JOHOR DI ISTANA PASIR PELANGI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT HARI RAYA
Hari ini telah berlangsunnya Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor yang telah diadakan di Istana Pasir Pelangi. Seawal pagi tetamu sudah mula membajiri Istana Pasir Pelangi. EA pun telah sampai pada pukul 9.45pagi dan terus parkir kereta didalam Masjid Pasir Pelangi. Pukul 10pagi barulah tetamu dibenarkan masuk ke dalam Istana. 



Berbilang kaum telah hadir ke rumah terbuka ini termasuk pelancong. Inilah yang dikatakan keunikan #Bangsa Johor.

Terpadat pelbagai aneka juadah daripada nasi beriyani,lemang dan ketupat, mee goreng, yong tau foo, KFC dan Pizza Hut, ayam golek ,kuih muih, cendol dan lain-lain.
Sempat lagi EA berselfie untuk menunggu giliran mengambil air Milo. EA cuma mengambil makanan seperti ayam golek,ayam kfc, pizza dan juga yong tau foo. Datang awal dapatlah pilih makanan yang EA inginkan.
Alhamdullillah dapat sarapan mewah. EA akan hadir ke program yang dianjurkan seperti ini apabila bermula pada awal pagi kerana pengunjung masih tidak ramai. Terima kasih Sultan Johor. Selamat Hari Raya.

Khamis, 9 Julai 2015

TIPS NAK BELI SMARTPHONE BUATAN CHINA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Pelbagai smartphone yang masuk di pasaran Malaysia dan ini memberi kelebihan kepada pengguna untuk memilih peranti yang diinginkan. Jika kita bandingkan pengeluar smartphone dari negara China akan menjual dengan harga yang murah dan spesifikasi yang sangat menarik.

Bagi EA, carilah peranti buatan China ini dengan harga bawah RM1.2k. Pelbagai jenama yang ada dipasaran dan daripada aspek specification pun cukup menarik. 

Selain itu, anda juga boleh melakukan perbandingan atau membuat survey untuk mendapatkan maklumat tentang semua smartphone berdasarkan budget yang ada.Kebiasaannya jenama gergasi akan menjual pada harga yang murah namun speck yang rendah ditawarkan berbanding peranti daripada China.

** Sekiranya anda mempunya budget yang berlebihan tidak mengapa untuk membeli smartphone android berdasarkan jenama.


Sabtu, 4 Julai 2015

NAJIMAH : CARA-CARA NAK BELI SMARTPHONE KEDUA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Berjaya juga hari ini EA mendapatkan Asus Zenfone 5 di PC Expo Persada JB dengan harga yang berpatutan.PC Expo telah menjual Z5 secara lelong pada pukul 7pm hingga 8pm bermula 3 - 5 Julai 2015. Z5 ini hanya dijual dengan harga RM449 dan 5 unit sehari.Siapa cepat dia lah yang dapat.

Hari ini EA telah datang 2 kali ke Persada semata-mata untuk mendapatkan Z5 ini. Kali pertama pagi pergi untuk survey barang dan yang kedua memang nak sambar terus Z5 ni. Sambutan di PC Expo ini kurang menggalakkan pada hari ini. 

EA sampai pukul 6.30pm namun dikaunter lelongan barangan masih x da orang yang beratur. EA dikhabarkan oleh si pelelong, contohnya printer dijual dengan harga yang murah tetapi tiada pembeli.

Pukul 7pm EA terus beratur di kaunter, keluarkan duit dan terus bayar untuk mendapatkan Z5 ni. Pukul 7.10 hidupkan enjin motor dan terus merempit 180km/h tapi x sempat juga berbuka puasa dirumah. Berhentikan motor di tepi highway EDL dan minum seteguk air tin lalu teruskan perjalanan ke rumah.

Kenapa EA amek Z5 ni? Owhh.. Pertama harganya murah dan spec boleh lah dijadikan sebagai phone yang kedua. Orang cakap kalau phone daripada China jangan bazirkan untuk beli lebih daripada hargaRM1000. Kebanyakan phone made in China boleh dapat dengan harga yang murah dan spec yang oseme...



Jumaat, 3 Julai 2015

DOWNLOAD WATCH ONLINE MINIONS 2015/ TONTON MINIONS 2015

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

EA cuma nak kongsikan film animasi MINIONS terbaru yang bertajuk Summer 2015. Jom kita layan sambil pecah perut ketawa sampai tak kering gusi.