1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Jumaat, 6 Februari 2015

REFLEKSI: CARA NABI MUHAMMAD SAW MENGUBATI PENYAKIT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

Nabi Muhammad Saw telah melakukan terapi bagi menghilangkan kesakitan dengan meletakkan tangan berserta membaca doa diatas dibahagian yang merasa kesakitan. Sekarang ini telinga EA berasa seperti berdenyut-denyut kesakitan walaupun sudah 2x pergi ke klinik. Namun, rasa kesakitan akan hilang sementara selapas mengambil ubat tahan sakit.

EA telah mencuba cara yang diajarkan oleh rasulallah dan ternyata ia mujarab walaupun kesakitanya hilang untuk tempoh sementara. EA tetap rasa bersyukur kerana tidak perlu bergantung lagi pada ubat.

Jika selepas kita mengamalkannya masih lagi berasa sakit, jangan rasa kecewa atau putus asa kerana sekurang-kurangnya kita juga sudah berjaya mengikut sunnah Nabi Muhammada Saw. Ikhtiarlah dengan cara yang lain.

Sumber: Ustaz Raihan Abdul Aziz,(04/02/15), Tanyalah Ustaz TV9 : Hikmah Sakit

Tiada ulasan: