1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Jumaat, 6 Februari 2015

TERBELANJA MEAT BALL ANNYS KITCHEN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Anda yang teringin untuk makan Meat Ball IKEA di Johor tidak perlu pergi ke Petaling Jaya untuk mendapatkannya. Sememaangnya di Johor juga ada menjual Meat Ball tersebut yang dibuat oleh Annyss Kitchen. Annys Kitchen ada menyediakan pelbagai jenis Meatball. Harganya juga berpatutan.EA pilih pakej 10 biji Meatball + Cheezy Wedges dengan harga RM13 + RM3(kos penghantaran).

Bagi EA tekstur rasanya memang terbaik dari segi kuahnya, wedges, jam strawberri. Meatball yang disediakan rasanya agak kurang sedikit kerana dimasak secara separuh masak. Lain kali, EA akan pesan supaya meatball dimasak dengan matang. Jika anda rasa macam terliur untuk mencuba boleh hubungi Annys Kitchen di FB/Instagram

REFLEKSI: CARA NABI MUHAMMAD SAW MENGUBATI PENYAKIT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

Nabi Muhammad Saw telah melakukan terapi bagi menghilangkan kesakitan dengan meletakkan tangan berserta membaca doa diatas dibahagian yang merasa kesakitan. Sekarang ini telinga EA berasa seperti berdenyut-denyut kesakitan walaupun sudah 2x pergi ke klinik. Namun, rasa kesakitan akan hilang sementara selapas mengambil ubat tahan sakit.

EA telah mencuba cara yang diajarkan oleh rasulallah dan ternyata ia mujarab walaupun kesakitanya hilang untuk tempoh sementara. EA tetap rasa bersyukur kerana tidak perlu bergantung lagi pada ubat.

Jika selepas kita mengamalkannya masih lagi berasa sakit, jangan rasa kecewa atau putus asa kerana sekurang-kurangnya kita juga sudah berjaya mengikut sunnah Nabi Muhammada Saw. Ikhtiarlah dengan cara yang lain.

Sumber: Ustaz Raihan Abdul Aziz,(04/02/15), Tanyalah Ustaz TV9 : Hikmah Sakit

Khamis, 5 Februari 2015

TERKINI : JDT VS BENGALURU PUNYA CERITA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
EA nak ucapkan tahniah kepada pasukan JDT kerana berjaya menumpaskan pasukan Bengaluru dengan membenam 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunus. Walaupun EA tak dapat turun ke stadium pada malam tadi tapi EA tak nak lepaskan peluang untuk memberi sokongan dengan menonton secara stream di tempat kerja semasa perlawanan masa pertama. Nasib baik wifi company speed laju dan tiada buffering. 
Semasa perlawanan masa kedua, EA lepak di kedai mamak disebabkan waktu kerja sudah tamat. Bulan ni berkemungkinan EA tidak dapat lagi menonton bola di stadium kerana semua waktu menoreh pada bulan terbit.
-LUASKAN KUASAMU-

RTB : TERBELANJA SUBWAY CHICKEN SLIDE OAT BUN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
RABU TANPA BICARA