1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 22 Januari 2015

DOWNLOAD VILLA NABILA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

Inilah cerita yang EA nanti-nantikan daripada bulan Disember tahun lepas untuk menonton filem dimana lokasi pengambaran di Villa Nabila. Bila sebut cerita Villa Nabila rasanya semua orang tahu kot tempat ke 10 terseram di Malaysia. Apa yang membuatkan EA tertarik untuk menonton filem ini kerana ingin melihat persekitaran Villa Nabila dan struktur bangunan villa tersebut. Nak pergi sendiri ke Villa Nabilla rasanya macam kecut gigi..
\
Sebenarnya filem ini mengisahkan kejadian misteri yang berlaku semasa pihak pemaju ingin meruntuhkan villa tersebut. 

Perasaan lega dan rasa puas hati apabila dapat menjerit dalam bilik tayangan semasa adegan keluar hantu..Ramai juga orang yang menonton walaupun waktu tayangan pukul 10.30pm. Mungkin cerita ini lokasinya di Johor dan menjadi pilihan orang Johor untuk sokong filem ini. 

Selain itu, sesiapa yang ingin menjadi pelakon atau menyumbang inspirasi kepada penerbit filem bolehlah mencuba dengan masuk ke tempat yang sudah lama ditinggalkan dan kemudian viralkan dengan misteri kehilangan.  Ada lagi tempat kat Johor yang sudah lama ditinggalkan seperti Jb Waterfront City, Plaza Pacific dan lain-lain. Sudah pasti tanpa casting pun anda boleh jadi diva popular.


Tiada ulasan: