1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 6 November 2014

ISU : ADUH PERLAWANAN OPPO AKHIR PIALA MALAYSIA JDT vs PHG

Assalammualaikum dan Selamat Malam

EA ucapkan tahniah kepada pasukan Pahang yang telah berjaya menjadi juara OPPO Piala Malaysia 2014.Walaupun perlawanan akhir diantara JDT dan Pahang sudah berlalu pada 1 November 2014 tetapi ada beberapa isu  yang EA nak bangkitkan.. 


1. Lambat buka pintu tiket
. Penyokong telah ramai berkumpul di pintu masuk seawal pukul 11pagi. Ada yang pengsan dalam keadaan bersesak-sesak. Menunggu dalam panas dan hujan. Sampaikan baju yang basah menjadi kering. Pihak pengurusan masih lagi menjadi tunggul kayu. Kenapa x buka awal? Semasa perlawanan akhir jdt vs kelantan boleh pula buka pukul 3pm. Kami datang nak tengok bola bukannya sakai yang nak bakar stadium. Salah ker kami masuk awal. Ada penyokong yang sudah sampai ke bukit jalil pada waktu semalamnya.Itupun pihak pengurusan mahu mengubah waktu masuk dari pukul 4 ke 5pm.

Alasannya pihak polis belum bersedia. Para penyokong bangkit dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Selepas mendapat makian berkati- kati daripada penyokong barulah pihak pengurusan membenarkan untuk membuka pintu masuk.Pihak pengurusan dan polis telah membenarkan penyokong masuk kedalam stadium pada pukul 4.15 petang.


2. Harga makanan dan air standard pavi..
EA terkejut apabila membeli 2 biji burger dan 1 botol air mineral besar dengan harga RM13. Sebiji burger RM4 dan air mineral RM5. Burger cuma berasaskan roti, daging cap stadium dan sos. Lepas nie EA nak amel video lepastu laporkan kepada Menteri Dato Hassan Malek.

3. Sudah sampai di Bukit Jalil tapi tiket tiada
Sedih bila EA dengar ada segelintir penyokong sudah sampai ke BUJA tapi tiket tiada. Hampir semua penyokong yang mengikuti rombongan 25 bas sampai ke BUJA dengan tiada tiket. EA hanya bersimpati dengan nasib mereka. Peringatan untuk diri sendiri,pastikan sebelum ikut mana-mana trip  dapatkan dulu tiket. Lebih mudah jika pergi dengan kenderaan sendiri. Sudah pasti sampai dan yakin boleh masuk ke stadium dengan tiket yang telah dibeli..

X nak komen pasal perlawanan ker? EA bukan fanatik sangat pasal bola. Datang stadium cuma nak bergembira dan menonton konsert budak BOS dan EA...ha ha ha..


Tiada ulasan: