RABU TANPA BICARA
1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA
- KONGSI (256)
- MAKANSUTRA (45)
- POTRET (35)
- REFLEKSI (49)
- RTB ( RABU TANPA BICARA ) (77)
- SANTAI (47)
Rabu, 26 November 2014
Selasa, 25 November 2014
JAMUAN RAKYAT SEMPENA PERKAHWINAN TMJ DAN PASANGANNYA 2014
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Jamuan ini telah diadakan pada 15 November 2014 bersamaan dengan hari ulangtahun EA. Sambutan hari ulangtahun EA yang sangat istimewa kerana Istana Jauhar telah menyediakan jamuan. hehehehe perasan. Sebenarnya jamuan ini diadakan sempena PERKAHWINAN TMJ DAN PASANGANNYA
EA sangat bertuah kerana semasa datang ke majlis ini orang masih tidak ramai lagi. SELESA!!! Dapat semua makanan yang EA inginkan...hehehehe.Kalau nak rasa semua makanan mestilah kena datang awal
PUKUL 9 PAGI
Jamuan ini telah diadakan pada 15 November 2014 bersamaan dengan hari ulangtahun EA. Sambutan hari ulangtahun EA yang sangat istimewa kerana Istana Jauhar telah menyediakan jamuan. hehehehe perasan. Sebenarnya jamuan ini diadakan sempena PERKAHWINAN TMJ DAN PASANGANNYA
EA sangat bertuah kerana semasa datang ke majlis ini orang masih tidak ramai lagi. SELESA!!! Dapat semua makanan yang EA inginkan...hehehehe.Kalau nak rasa semua makanan mestilah kena datang awal
PUKUL 9 PAGI
Inilah makanan yang EA ambil dari setiap kios... Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..
PUKUL 10 PAGI
Orang semakin ramai yang datang.Jadi suasana semakin huru hara sedikit
SELAMAT PENGANTIN BAHARU TMJ DAN CHE PUAN KHALIDA.. Tahun depan TMJ sudah bertitah untuk mengadakan lagi selama 2 hari.. Jumpa lagi tahun depan..
Selasa, 11 November 2014
SOAL SELIDIK PEKERJAAN 2014
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Sebelum tidur EA ambil masa beberapa minit untuk menjawab kaji selidik daripada MOE dengan harapan untuk memenangi Iphone 6..Mimpi yang indah semoga ia menjadi kenyataan.
Sebelum tidur EA ambil masa beberapa minit untuk menjawab kaji selidik daripada MOE dengan harapan untuk memenangi Iphone 6..Mimpi yang indah semoga ia menjadi kenyataan.
Sabtu, 8 November 2014
MEMORI TERBAIK PERLAWANAN OPPO AKHIR 2014 JDT vs PAHANG
Assalammualaikum dan Selamat Malam
EA cuma nak repost gambar semasa perlawanan akhir OPPO 2014 Piala Malaysia diantara JDT vs Pahang.
Jumaat, 7 November 2014
NAJIMAH : BURGER BAKAR ABG BURN RM1
Assalammualaikum dan Selamat Malam
Kawan - kawan... Burger Bakar Abg Burn di BPoint Jb ada buat promosi sebiji hanya RM1.Murahkan.Harga biasa burger cheese nie RM7.90.Promosi ini hanya berlangsung selama 2 jam bermula pukul 10 malam hingga 12 pagi pada 06/11/2014.
Setiap orang hanya boleh membeli sebiji burger sahaja tapi kalau nak beli lebih kenalah beratur semula. Disebabkan cuaca malam nie hujan lebat memberikan peluang kepada penggemar tegar burger bakar seperti EA beli banyak dan tidak perlu beratur panjang.
Selain itu, layanan yang diberikan oleh juruwang hingga pembuat burger sangat terbaik.
Brother nie pun sangat sempoi dan cool. Beri layanan yang baik. Dialah yang beritahu EA boleh bila banyak tapi kena beratur semula. Terima Kasih Der..
Anda yang terlepas peluang untuk mendapatkan burger Abg Burn dengan harga RM1 boleh serang cawangan baru yang akan dibuka di Pasir Gudang pada minggu hadapan. Promosi sama akan diadakan.NAJIMAH(Nak Jimat Memang Mudah). Worth It beb..
Sebelum balik EA basahkan tekak dengan secawan jus tembikai. Harga pun RM1 sempena promosi malam nie..
Khamis, 6 November 2014
ISU : ADUH PERLAWANAN OPPO AKHIR PIALA MALAYSIA JDT vs PHG
Assalammualaikum dan Selamat Malam
EA ucapkan tahniah kepada pasukan Pahang yang telah berjaya menjadi juara OPPO Piala Malaysia 2014.Walaupun perlawanan akhir diantara JDT dan Pahang sudah berlalu pada 1 November 2014 tetapi ada beberapa isu yang EA nak bangkitkan..
1. Lambat buka pintu tiket
. Penyokong telah ramai berkumpul di pintu masuk seawal pukul 11pagi. Ada yang pengsan dalam keadaan bersesak-sesak. Menunggu dalam panas dan hujan. Sampaikan baju yang basah menjadi kering. Pihak pengurusan masih lagi menjadi tunggul kayu. Kenapa x buka awal? Semasa perlawanan akhir jdt vs kelantan boleh pula buka pukul 3pm. Kami datang nak tengok bola bukannya sakai yang nak bakar stadium. Salah ker kami masuk awal. Ada penyokong yang sudah sampai ke bukit jalil pada waktu semalamnya.Itupun pihak pengurusan mahu mengubah waktu masuk dari pukul 4 ke 5pm.
Alasannya pihak polis belum bersedia. Para penyokong bangkit dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Selepas mendapat makian berkati- kati daripada penyokong barulah pihak pengurusan membenarkan untuk membuka pintu masuk.Pihak pengurusan dan polis telah membenarkan penyokong masuk kedalam stadium pada pukul 4.15 petang.
2. Harga makanan dan air standard pavi..
EA terkejut apabila membeli 2 biji burger dan 1 botol air mineral besar dengan harga RM13. Sebiji burger RM4 dan air mineral RM5. Burger cuma berasaskan roti, daging cap stadium dan sos. Lepas nie EA nak amel video lepastu laporkan kepada Menteri Dato Hassan Malek.
3. Sudah sampai di Bukit Jalil tapi tiket tiada
Sedih bila EA dengar ada segelintir penyokong sudah sampai ke BUJA tapi tiket tiada. Hampir semua penyokong yang mengikuti rombongan 25 bas sampai ke BUJA dengan tiada tiket. EA hanya bersimpati dengan nasib mereka. Peringatan untuk diri sendiri,pastikan sebelum ikut mana-mana trip dapatkan dulu tiket. Lebih mudah jika pergi dengan kenderaan sendiri. Sudah pasti sampai dan yakin boleh masuk ke stadium dengan tiket yang telah dibeli..
X nak komen pasal perlawanan ker? EA bukan fanatik sangat pasal bola. Datang stadium cuma nak bergembira dan menonton konsert budak BOS dan EA...ha ha ha..
Selasa, 4 November 2014
Langgan:
Catatan (Atom)