Gangguan ini berlaku pada pukul 6 pagi semasa EA nak bangun tidur. EA baring di atas katil dalam keadaan mengiring ke kiri. Perasaan takut mula dirasai apabila EA seakan bermimpikan satu lembaga. Untuk menghilangkan segala ketakutan EA cuba bangkit dalam keadaan masih teramai-amai..
Namun apa yang berlaku, badan EA terasa kaku dan badan ini tidak boleh berbaring dalam keadaan menegak.Tulang belakang EA seolah-seolah ditahan supaya tetap mengiring ke kiri. Semakin kuat EA cuba mengiring ke kanan semakin kuat ia menahan dibelakang EA..Perasaan takut sudah menjadi bengang..
Jika masih lagi melayan kerenah mahluk halus itu semestinya EA akan lewat pergi kerja. Lantas, EA kuatkan diri dan membaca ayat kursi didalam hati. Kemudian, EA usap belakang badan dengan tangan kanan.. Barulah EA boleh mengiring ke kanan dan bangun dari tidur..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan