1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Rabu, 26 Februari 2014

Selasa, 25 Februari 2014

PROJEK SENI PBS TINGKATAN 1: SENI DAN LOGO ( BAHAGIAN 2 )

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Lukisan dibawah ini juga EA kategorikan sebagai lukisan cemerlang kerana sama seperti asal.
i-CITY

DISNEY XD

TWITTER

M7

MONSTER

NISSAN

MITSUBISHI

HELLO KITTY

TELEKOM MALAYSIA

**klik disini untuk contoh yang lain

PROJEK SENI PBS TINGKATAN 1: RUPA DAN LOGO (BAHAGIAN 1)

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Berikut merupkan hasil lukisan pelajar tingkatan 1 dalam menguasia seni rupa dan logo. Terdapat segelintir pelajar yang boleh menghasilkan logo sama seperti asal. Antara lukisan yang cemerlang dan terbaik:
VIBER

LOUIS VUTTON

LINE

KIDZANIA

SUZUKI

PLAYBOY

PERODUA

MMC

Isnin, 24 Februari 2014

REFLEKSI: HUKUM MENGHIAS DAN MENGEPUK KUBUR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Allyya: Assalammualaikum ustaz... Saya nak tanya apa hukum jika kita kepuk kubur dan hias dengan batu mar-mar yang cantik.

Ustaz : Waalaikummussalam... Sebenarnya mengepuk atau mengepung kubur kiri, kanan, depan dan belakang tiada dalam agama islam. Nabijiga melarang untuk menghias kubur dengan batu-batu mar-mar kerana ia membazir.

Ustaz: Mengapa kita harus pagar kubur itu sedangkan tanah kubur itu tanah wakaf. Ia bukan milik kita..

Allyya: Oh...begitu ya ustaz..

Ustaz : Ustaz cadangkan daripada awak kepuk atau hias kubur tersebut baik duit yang ada itu disumbangkan kepada tabung2 yang memerlukan.

Sumber : Tanyalah Ustaz TV9:"Adat atau syariat"
18 Feb 2014

REFLEKSI: HUKUM MENYIRAM AIR DAN MENABUR BUNGA DI KUBUR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Puan : Ustaz... Boleh jelaskan apa hukum menyiram air di           pusara?

Ustaz : Semasa kematian anak nabi Muhammad s.a.w yang bernama Ibrahim, baginda telah merenjis air dipusara anaknya..

Ustaz : Jadi hukumnya boleh...

Ustaz : Tapi ingat jangan ada kepercayaan lain dimana kita siram untuk memberi minum kepada si mati yang kehausan.Itu sudah menjadi khurafat..

Puan: Bagaimana pula dengan menabur bunga di pusara??

Ustaz : Nabi Muhammad telah melalui 2 kubur yang diseksa. Kubur pertama disiksa kerana lepas buang air kecil tidak beristinjak atau membersihkannya. Kubur kedua kerana si mati mempunya sikap batu api.  Nabi telah mematahkan ranting kecil dan mencucuk di kubur itu supaya ranting itu dapat bertasbih kepada allah untuk mendoakan simati.

Ustaz : Jadi, apa tujuan kita tabur bunga sebab dia tiada dalam islam.. Jika untuk mewangikan kubur boleh tetapi jika ikut adat atau orang lain maka ia dilarang.

Sumber : Tanyalah Ustaz TV9:"Adat atau syariat"
18 Feb 2014

Ahad, 23 Februari 2014

MEE BANDUNG PERHENTIAN BAS BANDAR MUAR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MENJAMU SELERA
Kali ini EA telah lepak di tempat letak kereta Perhentian Bas Bandar Muar Bandar Diraja untuk menikmati sepinggan mee bandung. Simbolik Muar mesti terkenal dengan Mee Bandungnya. Bukan itu sahaja, ramai rakan EA cadangkan untuk makan disini...Ermm.agak-agak apa rasanya?

Rasa kuahnya memang secukup rasa tidak terlalu manis dan tidak terlalu kuat rasa udang kering.Bagi EA kuah mee bandung ini harus dipekatkan lagi kerana ia terlalu cair. Tekstur rasa mee bandung ini kurang kerana tiada hirisan sotong rendam. Harganya tetap berpatutan iaitu RM4 sepinggan.
Perubahan bandar Muar menjadikan bandar tumpuan masyarakat setempat. Kesesakan lalu lintas dan hiasan lampu menjadikan ia lebih meriah.

Sabtu, 22 Februari 2014

NAJIMAH : PROMOSI SABUN QIFSYA MIRACLE GLOW

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Anda mempunyai masalah kulit gatal-gatal,jeragat,jerawat atau kulit mati.Wajah tidak berseri alahan atau sensitif.Sudah banyak produk yang digunakan tetapi tidak berkesan. EA cadangkan cuba guna sabun QIFSYA MIRACLE GLOW dimana ramuannya yang kaya dengan sel epal boleh membantu menyelesaikan masalah kulit anda.Anda juga boleh mendapatkan hasilnya seawal 7 hari. Boleh percaya ker??? Mestilah boleh percaya..Jika tiada kesan selepas menggunakannya, jangan risau.

 Wang Akan Dikembalikan.

Harga pasaran RM60/sebiji sabun ini.Anda masih boleh dapatkan harga kawan-kawan atau lebih murah daripada harga pasaran jika beli dengan EA..Nak tahu berapa harga EA jual?? Jangan lupa 
msg/call/whatsap di 0127156632..Jangan segan2 utk bertanya atau membeli.

-NAK JIMAT MEMANG BOLEH-

** Ia tertakluk kepada terma dan syarat dan sebarang perubahan boleh dilakukan tanpa pengetahuan pengguna

SANTAI DI PD WATERFRONT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Selepas pulang daripada Kuala Lumpur, EA telah singgah ke Port Dickson sekali lagi untuk tenang-tenangkan fikiran. Lokasi yang menjadi pilihan ialah bersantai di PD Waterfront. EA sampai ke sini dalam pukul 2 petang dan cuaca sangat panas. Walaubagaimanapun, pukulan angin sepoi-sepoi menjadikan EA berasa segar. 




Khamis, 13 Februari 2014

REFLEKSI :MAT REMPIT 16 TAHUN MATI DIAZAB

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Kisah Mat Rempit yang meninggal dunia dengan keadaan yang begitu diazab dan harus dijadikan pedoman dalam hidup ini. EA bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi ini sebagai pengajaran. Matinya seorang Mat Rempit ini sangat menakutkan kerana wajah dan tubuh badanya yang berkulit putih tiba-tiba menjadi hitam seluruh tubuh.Malangnya setelah siap dikafankan jenazahnya  hanya 3 orang yang solatkan si mati. Kebanyakan orang kampung yang melawat tidak sanggup menahan bau busuk yang datangnya daripada si mati. Doa si ibu tidak dikabulkan walaupun telah memaafkan dosa anaknya.

Semasa hidup remaja ini, si mati seorang anak yang derhaka dan tidak menghormati ibunya. Walaupun si mati sedar ibunya  susah tetapi beliau tetap mendesak supaya dibelikan motorsikal. Si mati berjanji untuk mencari kerja sekiranya ibunya membelikan motorsikal. Si ibu akur dengan permintaan anaknya. Kelakuan si mati semakin biadap dan kurang ajar setelah motorsikalkan yang diinginkan telah diperolehi.  Janji yang diunkapkan si mati hanya janji manis yang tidak ditepati. Malahan Si mati pula  mula melibatkan diri dalam gejala rempit sehinggakan ibunya minta dihantarkan ke  mana -mana termasuk masjid untuk solat berjemaah pun tidak dilayan. Pada suatu hari, si mati telah menghantar ibunya ke masjid. Sampai di pintu hadapan masjid,terus ditolak ibunya umpama bintang. Ibunya  sedar kelakuan si mati itu dan selalu mendoakan si mati untuk kembali ke  pangkal jalan. Namun sewaktu ajal menjemput , si mati tidak sempat untuk bertaubat dan memohon ampun kepada ibunya...........

Sumber :TANYALAH  USTAZ TV9 : SELIMUT PUTIH

Selasa, 11 Februari 2014

MENANG RM19000 DARIPADA BONUSLINK

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Pernah tak anda dapat mesej macam diatas. Siapa yang percaya memang bodoh bertingket-tingket.Kenapa??
Tak mungkin Shell akan guna line 012 dan 017.EA tak tau apa motif dorang buat cam ni. Bak kata Hattan kalo nak duit mestilah usaha..

Isnin, 10 Februari 2014

REZEKI NUFFNANG 2.0

ASSALAMMUALAIKUM DAN ALHAMDULILLAH
 Ini kali ke 2 EA cash out NUFFNANG dengan jumlah RM240.82. Terima kasih kepada semua rakan blogger,pengikut tegar daripada google dan facebook telah memberi sokongan kepada emmeraziz.blogspot.com. Semoga jasa baik kalian dirahmati ALLAH.
Kos pengurusan ditolak RM 1.Total RM239.82
PESANAN EA: TERUSKAN KLIK SEMUA IKLAN YANG TERPAPAR DIBLOG INI. TQ GENG.

CURRYKATUR : LOGIK ORANG BUKAN ISLAM TAK MASUK SYURGA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
JAWAPAN:
Anda mempunyai robot yang selalu membuat kebaikan dan suka membantu orang lain. Namun pada masa yang sama robot itu tidak mengaku anda tuan yang menciptakannya. Apa perasaan anda?? Mesti marah... Anda akan cuba beli atau cipta yang lain. Jadi Allah akan murka kepada hambanya yang tidak mengakui dan mengesakannya.

sumber: Saudara Muhammad Nur Adlu

Sabtu, 8 Februari 2014

NAJIMAH: DUNKIN' DONUTS RM1 SATU

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI
Semalam hari yang sangat beruntung bagi EA kerana dapat membeli donut di Dunkin Donuts Angsana dengan harga HAPPY HOUR!!! sebiji RM1. 
Tolong bungkuskan 10 donut chocolate.. Semua jenis donut harganya RM1/satu. Dunkin' Donuts di Angsana ini membuat happy hour kerana mereka telah terbuat banyak donut pada hari itu.Ingat.tidak semua outlet Dunkin Donuts yang membuat happy hour jika ada stok yang berlebihan dan ia bergantung kepada pihak pengurusan. 
NAJIMAH..Nak Jimat Memang Boleh..

SANTAI DI TELOK KEMANG,PORT DICKSON

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Selepas menghantar adik EA ke KEM WARISAN,MASJID TANAH secara bersahaja kami telah pergi ke Telok Kemang, Port Dickson. Perjalanan mengambil masa 40 minit dari Masjid Tanah ke Port Dickson. Sebenarnya perjalanan kami ke sana tidak dirancang dan tertarik apabila banyak papan tanda penunjuk arah ke Port Dickson semasa melalui jalan-jalan di Masjid Tanah. Dah alang-alang berjalan, bia berjalan sampai penat..hehehehe..
Walaupun EA sampai pukul 6.40ptg namun masih ramai pengunjung yang sedang
melakukan aktiviti seperti bermandi manda,bermain banana boat, membina istana pasir
dan lain-lain
Seekor belangkas yang terdampar di persisir pantai.

Sempat lagi selfie dikala matahari mula terbenam.


Tanda kenangan EA sampai disana.

Aktiviti riadah yang menyeronokkan di Telok Kemang Port Dickson. Tambahan pula waktu EA pergi masih lagi mood tahun baharu cina. Jadi ramailah pengunjung disana. Selamat bersantai.

Jumaat, 7 Februari 2014

DOWNLOAD/TONTON ROMI CINTA JULIA SLOT LESTARY TV3 EPISOD 1 HINGGA 4

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MENONTON
Drama Romi cinta Julia akan disiarkan di slot lestary TV3 mengantikan drama Ku Cinta Kau Seorang.Aisya Hasnaa dan Syahrul Ridzuan akan melakonkan watak utama dalam drama ini.Jom kita layan....



ROMI CINTA JULIA EPISOD 1
ROMI CINTA JULIA EPISOD 2

ROMI CINTA JULIA EPISOD 3
ROMI CINTA JULIA EPISOD 4

DOWNLOAD/TONTON MIRANDA DI SLOT SAMARINDA TV3 EPISOD 1 HINGGA 7

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MENONTON


MIRANDA EPISOD 1

MIRANDA EPISOD 2

MIRANDA EPISOD 3


MIRANDA EPISOD 4


MIRANDA EPISOD 5

MIRANDA EPISOD 6

MIRANDA EPISOD 7

Khamis, 6 Februari 2014

PROJEK SENI PBS TINGKATAN 1; GARISAN & LUKISAN (HIDUPAN AKUATIK)

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Antara hasil lukisan TERBAIK daripada pelajar tingkatan 1  SMKTD2 berdasarkan tema HIDUPAN AKUATIK seperti berikut:
1.

2.

3.

4.

5.
Bagi EA no.5 merupakan lukisan yang terbaik dan kreatif diantara lukisan lain. Anda pula bagaimana? Sekiranya tidak bersetuju dengan pendapat EA, anda boleh tinggalkan komen di ruangan yang disediakan.