Kejadian Kad ATM EA telah ditelan semasa membuat transaksi di mesin ATM SMART. Mula rasa panik dan risau kerana sudah banyak kes yang melibatkan penyalahgunaan kad atm orang lain. EA terus menelefon operator Maybank untuk membuat aduan di talian 1300 88 6688. Untuk memudahkan urusan semasa menghubungi operator (biasalah kalau call operator mesti banyak soseh-soseh)jadi sila pilih bahasa dan tekan butang no 4. Kemudian tekan butang no.3.Oleh itu, anda boleh bercakap terus dan melaporkan kepada pegawai khidmat pelanggan akan kejadian kes itu.
Hati rasa tenang selepas menghubungi pegawai tersebut kerana kad itu telah dihalang (block) sehingga dihantar kepada Maybank yang berhampiran. Walaubagaimanapun, EA terpaksa menunggu panggilan untuk mendapatkan kad itu semula. Sekiranya kad itu lambat dihantar ke Maybank, EA boleh mendapatkan kad ATM yang baharu tetapi dikenakan bayaran sebayak RM 10...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan