1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 16 Mei 2016

KONGSI:TUKAR BATERI KELISA BARU

Assalammualaikum dan Selamat Malam.

Lampu di bahagian meter kelisa EA tiba-tiba menyala lampu bateri. Lampu meter dan radio terpadam sendiri. EA dah agak bateri kelisa ni memang minta tukar baru.
Kereta kecil harga pun mampu milik. Esok boleh EA bawa seperti biasa.

Ahad, 15 Mei 2016

KONGSI:KEMERIAHAN FINALE PIALA FA 2016 JDT VS PKNS

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.

Semua sedia maklum dimana JDT telah menjadi juara untuk Liga Piala FA untuk musim ini dengan membaham PKNS 2~1. 




Setelah 3x pergi ke finale di ibu kota untuk melihat JDT menjadi juara tercapai pada musim ini. Tahniah,EA ucapkan kepada pemain pasukan JDT dan penyokong setia Jauhar. Terima kasih juga kepada TMJ yang telah menyatupadukan Bangsa Johor.


Sabtu, 14 Mei 2016

SANTAI: MENGINAP DE HOTEL NEW WAVE HOLIDAY SHAH ALAM

Assalammualaikum dan Selamat Petang

EA dan kawan-kawan ke Shah Alam dan menginap di Hotel New Wave Holiday yang terletak di Seksyen 22 Shah Alam untuk menonton bola Finale Piala FA antara JDT vs PKNS.


Hotel ini bertaraf budget dan harga semalam RM75.Namun, pelanggan yang tempah menggunakan Agoda.com dapat harga RM100 untuk pakej B 2 malam 2 hari. Kami pilih pakej B."BUDGET".


Walaupun kami tempah untuk 2 malam tetapi kami masuk ke hotel ini pada pukul 4.30pagi. Kami bertolak dari JB pada pukul 11 malam . Sepanjang perjalanan, EA menghayati cerita mimpi di dalam kereta.