1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 12 Mei 2016

DOWNLOAD/TONTON THE ANGRY BIRDS MOVIE ONLINE

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Hari pertama The Angry Birds Movie ditayangkan di seluruh Malaysia,selepas pulang dari kerja EA dan kawan-kawan pergi ke wayang IOI,Kulai. Tempat kami bersantai dan menghiburkan hati. Tiket sangat murah iaitu RM8 sebab kami guna kad pelajar. 


Cerita ini layak mendapat 4.5/5 bintang kerana mempunyai mesej berguna di sebalik genre lawak yang mencuit hati penonton.


Cerita ini mengisahkan kehadiran pasukan babi yang ingin mencuri telur-telur burung dengan memperdaya penduduk kampung burung. Namun,En. Red dapat mengesan tipu helah pasukan babi. 



Isnin, 9 Mei 2016

POTRET: LEPAK DI PEKAN PONTIAN

Assalammualaikum dan Selamat Pergi.

Selepas makan di RESTORAN MANDELLA, kami singgah sebentar ke Pekan Pontian untuk melihat pemandangan laut. Sememangnya Pontian sudah berubah.







Ahad, 8 Mei 2016

MAKANSUTRA: RESTORAN MANDELLA SEAFOOD

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.

Perancangan EA dan kawan-kawan menjadi untuk makan di Restoran Mandella Seafood di Kampung Penarok,Pontian. Restoran ini terletak di kawasan yang agak terpencil dan menyebabkan kami tersesat hingga ke Kukup.Apa yang berlaku? EA tanya seorang Mas dan berpandukan GPS untuk ke sana.

Jika anda ingin ke sini dari arah Pekan Pontian, jalan hiingga nampak papan tanda Penarok dan belok lorong kiri yang ada tertulis papan tanda Mandella yang dilindungi pokok.Ingat!!!Lorong ini sebelum Padang Golf Kukup. Anda jalan terus hingga nampak masjid,kemudian nampak simpang tiga belok kanan dan jalan terus hingga nampak restoran ini.



Makanan di restoran ini bersaiz besar dan sagat sedap tekstur rasanya. Makanan yang EA pilih ialah sotong goreng tepung,udang goreng kunyit,siakap sambal,tomyam ayam,kangkung belacan dan satu jag air tembikai.

Siakap sambal sangat sedap tetapi kurang pedas. Bukan itu saje, ikan siakap yang dimasak juga tidak berbau lumpur atau hanyir. Itu yang sedap diratah.

Kalau anda nak tahu,kami tertipu dengan tomyam yang dihidangkan. Walaupun pilih saiz kecil tetapi dihidangkan untuk 5-6 orang. Kami datang cuma bertiga.Itu yang tak habis. Perghhh..memang tak rugi.

Konsep restoran ini santai dan makan ala-ala kenduri kahwin. Cuba anda teka berapa harga makanan untuk semua ini? Hanya RM95 saje.. Murahkan..Ini baru boleh datang berkali-kali.